JUARA program realiti All Together Now Malaysia musim pertama, Idris Brown, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 1.45 petang Ahad.Berita pemergian penyanyi itu disahkan isterinya, Fatin, 30, yang memaklumkan Idris atau nama sebenarnya Idris Zulkifli, 30, dimasukkan ke ICU selepas diserang strok. Menurut Fatin, suaminya menjalani pembedahan bagi membuang darah beku sebelum keadaan kesihatannya kembali stabil dan dipindahkan ke wad biasa.Allahyarham merupakan pemenang All Together Now Malaysia musim pertama."Dia kena strok pada Sabtu lepas. Lepas saya hubungi ambulans, dia terus dimasukkan ke ICU dan menjalani pembedahan untuk buang darah beku."Selepas pembedahan, dia masih dirawat di ICU untuk menstabilkan pernafasan dan tahap oksigen. Keadaan dia ketika itu stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa selepas beberapa hari," katanya kepada mStar.Bagaimanapun, keadaan Idris kembali merosot pada Sabtu apabila bacaan oksigennya menurun sehingga 88 peratus, menyebabkan dia dipindahkan semula ke ICU untuk rawatan lanjut.ARTIKEL BERKAITAN: Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidurARTIKEL BERKAITAN: Sehari tak dengar khabar isteri, Jalil Hamid hampir batal niat hadir tayangan filem ‘Laknat’"Semalam (Sabtu) oksigen dia turun, jadi dia dimasukkan semula ke ICU dan menggunakan tiub oksigen."Tengah hari tadi kami dimaklumkan doktor sudah melakukan bantuan pernafasan tapi dia tidak dapat diselamatkan," ujarnya.Jenazah Allahyarham akan dimandikan di HKL sebelum dibawa ke Surau Al-Amin Bandar Tun Razak, Cheras untuk disolatkan.Idris sangat dikenali dengan lagu Dan Berakhirlah.Allahyarham kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Kuala Lumpur.Idris pernah dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia pada 2021. Allahyarham terkenal dengan lagu Dan Berakhirlah sekitar tahun 2022 serta Pening pada 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!