suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Shuk bersyukur hidup kembali stabil

Fara akhirnya kongsi wajah anak sulungnya.

ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya berkongsi wajah anak perempuan mereka, Elaine Nada, sempena ulang tahun kelahiran pertama kanak-kanak itu.

Fara, 34, berkata, dia membuat keputusan itu sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus bertanyakan khabar mengenai keadaan anaknya.

"Sempena ulang tahun dia, kita kongsilah sedikit sebab ramai yang bertanya keadaan Nada. Lepas ini kita sorok balik," katanya kepada mStar.

Fara bahagia besarkan anak sulungnya.

Berkongsi mengenai kehidupannya ketika ini, Fara mengakui dia kini berada dalam fasa yang lebih bahagia dan bersyukur kerana kehidupannya semakin stabil.

Menurut Fara, fokus utamanya kini adalah membesarkan Nada yang dianggap sebagai kejayaan terbesar dalam hidupnya.

 "Alhamdulillah, kehidupan sekarang semakin baik. Kerja pun dah okey, semuanya berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh buat tiga kerja demi kelangsungan hidup… “Orang nak kata apa pun lantaklah”

ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh dakwa Shuk Sahar culas nafkah anak, terpaksa tanggung RM2,000… “Minta RM400 sebulan pun kena tagih”

 "Kejayaan saya sekarang adalah anak. Sekarang bukan lagi fasa sedih atau apa-apa dengan Nada. Semuanya jauh lebih baik.

 "Bukanlah kaya raya, tapi semuanya cukup dan saya gembira," ujarnya.

Dalam pada itu, Fara mendedahkan dia dan Shuk sudah lebih setahun tidak berhubung, kecuali jika ada melibatkan perkara penting berkaitan anak mereka.

 "Dah lebih setahun saya memang tak berkomunikasi dengan dia. Saya cuma kadang-kadang kemas kini kalau anak masuk hospital, itu saja.

Fara sebelum ini memilih untuk tidak berkongsi wajah anaknya.

"Selain itu memang tak ada. Dia pun tak tahu anak sekarang dekat mana," luahnya.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, pada April 2025, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

Sehingga kini, kes berkenaan masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain