suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsisten keluar lagu baharu rahsia Barbarik kekal relevan - Joe

Joe kongsi rahsia untuk kekal relevan.

PEMAIN gitar kumpulan rock Barbarik iaitu Joe mendedahkan rahsia kumpulannya kekal bertahan dan relevan dalam industri muzik arus perdana adalah dengan sentiasa menghasilkan produk baharu secara berterusan.

Jelas Joe yang lebih dikenali sebagai Jo Branko, 57, seseorang penyanyi mahupun sesebuah kumpulan tidak sepatutnya hanya bergantung kepada karya lama bagi memastikan mereka terus relevan di persada seni.

"Bagi saya, rahsia untuk kekal relevan adalah kena selalu keluarkan lagu single ataupun album. Sebab pengikut ataupun peminat ini nak tengok yang kita ini serius dalam bidang ini.

Joe sentiasa pandang serius mengenai kerjaya seninya. 

"Kalau mahu sentiasa relevan dalam muzik arus perdana, kita tidak boleh asyik bergantung kepada karya lama.

"Kita perlu sentiasa buktikan kesungguhan dengan menyajikan lagu-lagu baharu kepada pendengar. Itulah rahsia kami," katanya kepada mStar.

Pada masa sama, Joe berkata inisiatif tersebut turut menjadi pendorong utama mengapa tiket konsert mereka sentiasa habis terjual meskipun kerap mengadakan persembahan.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL kena cari formula baharu, JoBranko cadang setiap peringkat penyertaan dibuat secara ‘live’

ARTIKEL BERKAITAN: Lirik ‘double meaning’ memalukan, JoBranko jaga jati diri Melayu... Dangdut bukan lesen buat lagu lucah

Mengulas mengenai risiko penganjuran konsert secara berterusan, Joe mengakui tetap berasa bimbang memandangkan modal untuk menjayakan sesebuah konsert mencecah ratusan ribu ringgit.

Bagaimanapun, dia menyifatkan perasaan bimbang dan tidak selesa itu sebagai satu perkara yang positif agar mereka tidak bersikap sambil lewa, sekali gus dapat mengelakkan sebarang kerugian.

"Saya bersyukur apabila ada pihak nampak Barbarik selalu buat konsert. Selepas ini, kami akan adakan persembahan di Sabah pula.

Barbarik sentiasa beri kelainan dalam setiap konsertnya. 

"Namun, sejujurnya memang ada perasaan risau sekiranya tiket sukar dijual kerana modal untuk menerbitkan sesebuah konsert bukannya sedikit.

"Alhamdulillah, konsert Barbarik sentiasa mendapat penerimaan dan sambutan baik daripada peminat," ujarnya.

Untuk info, kumpulan Barbarik mula bergiat aktif dalam industri pada 2022 dan kini dianggotai oleh Muss sebagai vokalis, Jo (gitar utama), Ainoll (dram) dan Rozaimie (bass).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Sebelum

Artikel Lain