KEMBALI bergelar pelajar pada usia 73 tahun bukan sesuatu yang mudah buat pelakon veteran Datuk Fauziah Nawi, terutama apabila dia perlu menyesuaikan diri dengan penggunaan teknologi.Fauziah yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM) bagaimanapun bersyukur menerima bantuan dan sokongan ahli keluarga dalam memudahkan urusan pembelajarannya. “Cabaran saya ialah bila kelas atas talian (online) dan itu sangat menggusarkan saya. Yang lain saya dah bersedia.Fauziah seronok dapat sambung pelajaran.“Nak berdepan dengan teknologi, saya tak pandai. Masa kelas online, satu rumah, anak-anak, cucu, menantu, adik-beradik dan anak saudara semua tolong saya,” katanya kepada mStar.Berkongsi perkembangan pengajiannya, Fauziah berkata dia sudah menamatkan kelas mengikut jadual dan kini memberi tumpuan kepada penyelidikan serta penulisan tesis.“Insya-Allah tahun depan saya graduasi. Penyelia saya tak nak saya ambil masa lebih daripada setahun. Jadi saya nak habiskan dengan cepat dan insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar, saya akan sambung terus Doktor Falsafah (PhD).ARTIKEL BERKAITAN: Seronok sambung belajar, Fauziah Nawi sasar genggam PhD... Kata-kata arwah bapa dorong semangatARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Nawi tiada rahsia sihat pada usia 71 tahun, hanya amal puasa sunat dan mandi sebelum Subuh“Semalam (Jumaat) saya sudah buat pembentangan mengenai kertas kerja dan sebagainya. Selepas ini saya akan teruskan dengan penyelidikan saya,” ujarnya.Ditanya persaingan menuntut ilmu dengan pelajar yang lebih muda, Fauziah berkata perkara itu bukan sesuatu yang dilihat sebagai pertandingan sebaliknya satu cabaran terhadap dirinya sendiri.“Saya tak bersaing dengan mereka, saya bersaing dengan diri saya sendiri. Apa pun yang saya buat, saya akan bersaing dengan diri sendiri.Fauziah impi mahu genggam PHD.“Saya suka tengok anak muda pergi belajar, tidak macam saya dulu, jadi saya tak nak bersaing dengan sesiapa. Orang nak cakap apa, itu terpulang,” luahnya.Untuk rekod, Fauziah sebelum ini menggenggam Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) dari Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2018 dan Diploma bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy pada tahun 2020.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!