suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seronok sambung belajar, Fauziah Nawi sasar genggam PhD... Kata-kata arwah bapa dorong semangat

Fauziah memulakan pengajian sejak Januari.

USIA tidak menjadi penghalang buat pelakon Datuk Fauziah Nawi melanjutkan pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang seni di Universiti Sains Malaysia (USM).

Biarpun pada awalnya berdepan pelbagai cabaran, Fauziah, 73, memberitahu pengajian menerusi kaedah penyelidikan di institusi berkenaan juga banyak dibantu oleh pensyarah selain rakan kuliah.

"Tak pedulilah apa orang nak cakap soal usia. Saya buat kerana memang nak buat.

Fauziah tidak patah semangat untuk sambung pengajian. 

"Awalnya memang susah, maklumlah menggunakan bahasa ilmiah. Namun, bila pensyarah dah terangkan, penyelidikan saya ini jadi lebih mudah. Saya lakukan kajian tentang apa yang dah pernah saya buat sebelum ini.

"Seronok sebenarnya dapat satu pengalaman baru. Apa lagi bila dapat siapkan tugasan dengan rakan-rakan," katanya ketika dihubungi mStar.

Fauziah memulakan pengajian sejak awal Januari lalu dan memasang impian untuk terus menyambung ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Nawi tiada rahsia sihat pada usia 71 tahun, hanya amal puasa sunat dan mandi sebelum Subuh 

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Nawi terharu terima tajaan umrah daripada Siti Nurhaliza, terpaksa tolak kerana kerja

Dia sebelum itu menerima Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) dari Open University Malaysia (OUM) pada tahun 2018 dan diploma bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy pada tahun 2020.

Dalam pada itu, pelakon ini memberitahu dia bersemangat untuk melanjutkan pengajian juga didorong oleh kata-kata bapanya iaitu Allahyarham Nawi Mukri yang ingin melihat dia berjaya dalam bidang akademik.

"Ini untuk arwah bapa saya. Dulu dia suruh sambung belajar, tetapi saya tak mahu sebab lebih minat berlakon.

Fauziah mahu berkongsi ilmu dengan lebih ramai artis muda. 

"Saya juga selalu bermimpi memakai uniform sekolah, masuk ke dewan peperiksaan tetapi susah menjawab soalan. Selepas saya sambung belajar, dah tiada mimpi begitu," ceritanya.

Sementara itu, Fauziah menegaskan keputusan untuk menyambung pengajian sama sekali tidak membuatkan dia lupa atau mahu meninggalkan kerjaya seni.

"Tidaklah, saya nak menjadi pensyarah selepas ini. Cuma mahu lebih pandai. Sebelum ini pun saya memang selalu adakan kelas latihan berlakon.

"Cuma sekarang ini perlu bijak menguruskan masa untuk pengajian dan juga jadual kerjaya seni," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain