Simptom senyap serangan jantung ini sering kali disalah anggap sebagai masalah kesihatan biasa. -Gambar hiasan AI
JIKA sebut tentang serangan jantung, apa yang terbayang di kepala sudah tentu situasi pesakit mengalami kesukaran bernafas selain sakit dada sebelum rebah.Bagaimanapun, situasi dramatik sering dipaparkan dalam drama atau filem itu bukanlah satu-satunya tanda seseorang bakal mengalami serangan jantung. Ini kerana kadang kala, seseorang itu masih boleh bercakap, berjalan dan kelihatan normal sedangkan jantungnya berada dalam keadaan sedang 'meminta pertolongan'.Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan simptom ini sering kali disalah anggap sebagai masalah kesihatan biasa berpunca daripada rasa penat, gastrik atau pun badan berangin.Bagi golongan wanita pula, serangan jantung masih boleh menyebabkan rasa sakit dan tekanan di bahagian dada.Bagaimanapun terdapat amaran lain yang lebih senyap dan ramai terlepas pandang mengenainya, termasuklah;1. Sesak nafas secara tiba-tiba 2. Mengalami peluh sejuk di bahagian dahi 3. Rasa loya atau muntah4. Sakit atau tidak selesa di bahagian rahang, belakang, bahu atau lengan5. Badan rasa terlampau lemah atau pening kepala.PHM menegaskan, masalah utama dalam mengesan simptom ini sebenarnya adalah sikap pesakit yang suka menangguh dan mengambil mudah tanda-tanda yang dihantar tubuh."Masalahnya, jika simptom nampak tidak dramatik, kita mudah kata, ia mungkin penat saja atau mungkin masuk angin."Jangan terlalu lama menunggu jika simptom datang secara tiba-tiba, semakin teruk atau terasa sangat berbeza daripada biasa," jelas hantaran tersebut.Kewaspadaan juga harus lebih tinggi terhadap individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, merokok, atau sejarah penyakit jantung.“Serangan jantung tak semestinya nampak seperti dalam filem. Kadang-kadang orang itu masih boleh bercakap, masih boleh berjalan, dan masih nampak seperti biasa. "Tetapi jantungnya sedang meminta pertolongan. Jika disyaki serangan jantung, dapatkan rawatan kecemasan segera,” tegas PHM.