suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makanan tinggi lemak bantu lawan kanser? Penyelidik gesa kajian susulan untuk tambah baik rawatan pada masa depan

Orang ramai tidak sepatutnya menganggap diet tinggi lemak sebagai amalan pemakanan yang sihat. -Gambar hiasan AI

SEKUMPULAN penyelidik yang berpangkalan di Kanada menemui petunjuk bahawa pengambilan makanan tertentu yang sering dianggap tidak sihat boleh membantu meningkatkan tindak balas terhadap rawatan kanser.

Diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature, kajian oleh Universiti McGill itu menunjukkan sesetengah makanan yang dianggap menggemukkan mungkin mempengaruhi mikrobiom usus dengan cara yang dapat meningkatkan tindak balas terhadap imunoterapi.

“Penemuan kami mengejutkan kerana ia menunjukkan manfaat beberapa jenis diet yang menggalakkan obesiti, iaitu diet yang mendorong pertambahan berat badan secara berlebihan,” kata profesor madya Jabatan Fisiologi Universiti McGill, Daniela Quail.

Bagaimanapun, saintis tidak menyarankan pesakit mengambil makanan berlemak. 

Sebaliknya, mereka berharap dapat mengenal pasti sebatian bermanfaat yang dihasilkan oleh mikrobiom usus supaya manfaatnya dapat ditiru secara selamat dalam rawatan pada masa hadapan.

Penyelidik menggesa kajian susulan dijalankan bagi menyiasat bagaimana lemak, usus dan penyakit saling berinteraksi serta bagaimana rawatan boleh ditambah baik.

Universiti McGill menjelaskan walaupun obesiti secara umumnya dikaitkan dengan peningkatan kejadian kanser dan kadar kematian, terdapat petunjuk bahawa pesakit kanser yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) tinggi “sering menunjukkan tindak balas lebih baik terhadap perencat pusat pemeriksaan imun”.

“Hubungan antara pemakanan dan rawatan kanser lebih kompleks daripada sekadar saranan untuk makan secara sihat dan bersenam,” jelas Quail, yang juga penyiasat utama di Institut Kanser Rosalind & Morris Goodman.

Peringatan

Quail dan rakan-rakannya mengingatkan fenomena paradoks obesiti diperhatikan itu tidak bermakna orang ramai boleh menganggap diet tinggi lemak sebagai amalan pemakanan sihat.

Mereka sebalikna menggesa kajian susulan dijalankan bagi menyiasat bagaimana lemak, usus dan penyakit saling berinteraksi serta bagaimana rawatan boleh ditambah baik.

Pada 2025, sekumpulan penyelidik dari Universiti Lund menerbitkan penemuan yang mencadangkan bahawa keju tinggi lemak boleh mengurangkan kemungkinan seseorang mengalami demensia.

Awal tahun ini, saintis dari Universiti Reading menjelaskan perbezaan antara lemak trans yang wujud secara semula jadi dalam produk tenusu dengan lemak trans terproses yang jauh kurang sihat.

Kajian lain mendapati bahawa alternatif berasaskan tumbuhan sukar menandingi nilai pemakanan produk tenusu asli. – Agensi

Artikel Lain