suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada istilah merajuk, Shah Iskandar fokus bidang korporat di Dubai... “Hati masih terbuka berlakon“

Shah masih terbuka menerima tawaran berlakon.

PELAKON Shah Iskandar memberitahu dia kini lebih selektif dalam menerima tawaran lakonan kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya baharu sebagai seorang perunding strategik untuk sebuah syarikat yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Shah atau Shah Iskandar Mahfuz, 44, dalam masa sama menegaskan perubahan fasa dalam kehidupan tidak bermakna dia terus meninggalkan kerjaya lakonan yang sudah sebati dalam dirinya.

Baginya, peluang yang datang juga merupakan satu cabaran baharu dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Shah memulakan cabaran baharu dalam dunia korporat. 

"Seni tetap dalam hati saya. Bukan berhenti tapi kalau dapat peluang di luar bidang kenapa kita nak menolak rezeki?

"Hati saya masih terbuka kepada tawaran berlakon. Tapi kali ini, kena lebih selektif kerana ada kerjaya baharu. Masa untuk terima tawaran berlakon kena tepat pada waktu saya balik ke Malaysia atau Singapura," katanya kepada mStar.

Ketika dihubungi, Shah baru sahaja memulakan tugas di sana untuk hari kedua bersama sebuah syarikat yang terlibat dalam pengendalian minyak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih hidup!” - Shah Iskandar terkejut tonton video berita kematian sendiri di TikTok 

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Iskandar layak mohon taraf penduduk tetap tahun depan, lega tak perlu ulang-alik ke Singapura

Pelakon asal Singapura ini juga menepis andaian kononnya merajuk atau semakin kurang menerima tawaran berlakon sehingga dia mengambil keputusan untuk berubah bidang.

"Dalam industri lakonan ini, jiwa kena kental, kalau merajuk menunjukkan yang kita tidak matang pada keadaan.

Shah seronok memulakan fasa baharu dalam kehidupan. 

"Keadaan akan sentiasa berubah dan kita perlu sesuaikan diri dengan situasi selain kena jaga pasaran lakonan," ujarnya.

Selain menjalankan tugas hakiki di Dubai, Shah juga berharap kesempatan berada di sana dapat dimanfaatkan dengan mencari peluang perniagaan baharu.

"Saya mencari peluang untuk perniagaan lain yang boleh dibawa pulang ke Malaysia dan Singapura. Saya juga ingin fokus untuk menjadi seorang usahawan," kongsinya.

Artikel Lain