suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mufti Wilayah perjelas salah faham isu elaun rendah, guru Kafa tidak terikat sebagai staf tetap

Ahmad Fauwaz Fadzil

MUFTI Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menasihatkan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) supaya memahami kedudukan elaun yang diterima sebagai bantuan kerajaan bagi menambah pendapatan, bukannya gaji bagi pekerjaan tetap.

Menurut Ahmad Fauwaz, guru Kafa mempunyai ruang untuk melakukan pekerjaan lain bagi menambah pendapatan kerana tidak terikat sebagai kakitangan tetap.

Beliau berkata, antara peluang yang boleh dimanfaatkan termasuk menjadi imam, bilal serta mengajar al-Quran.

“Pemberian kepada guru Kafa adalah bersifat elaun dan untuk membantu guru-guru Kafa melengkapkan kehidupan mereka.

“Guru Kafa sangat istimewa, mereka boleh melakukan banyak kerja kerana tidak terikat sebagai staf tetap,” katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Down’ selepas dengar gaji rakan di KPM, guru kafa anggap ujian Allah tentang erti bersyukur

Ahmad Fauwaz yang pernah berkhidmat sebagai guru takmir berkata, beliau memahami tugas berkenaan yang hampir sama dengan tanggungjawab guru Kafa.

Justeru, beliau berpandangan elaun yang diberikan perlu dilihat sebagai bantuan kerajaan untuk menambah pendapatan dan bukannya satu pekerjaan tetap.

Beliau mengakui guru Kafa boleh mengharapkan kadar elaun yang lebih tinggi, namun mengingatkan mereka supaya tidak menganggap keadaan itu sebagai satu bentuk penganiayaan.

“Kadang-kadang masjid pun memberikan tambahan duit ketika mengajar.

"Saya nasihatkan sebahagian guru-guru KAFA agar memahami realiti dan keadaan,” katanya.

mStar pada Isnin melaporkan seorang guru Kafa sedih selepas mendengar perkongsian mengenai gaji rakan-rakannya yang bertugas sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"15 tahun berkhidmat sebagai guru Kafa bermula elaun RM800. Sekarang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi RM1,100, kerajaan negeri bagi RM100.

"Semalam tiba-tiba rasa sedih bila dengar kawan-kawan gaji RM3,000, RM4,000 sebagai guru KPM. Mungkin Allah nak uji rasa syukur," katanya.

Wanita itu menjelaskan guru Kafa juga menanggung bebanan kerja yang banyak, malah ada kalanya melebihi tanggungjawab mengajar semata-mata.