suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepasan sekolah pondok bergaya pandu Porsche Taycan... Bangunkan lebih 70 aplikasi cecah 6 juta muat turun!

Yusuf merupakan jurutera perisian yang memiliki latar belakang dalam bidang pengajian agama.

LATAR belakang sebagai lepasan sekolah pondok sering diuar-uarkan terhad kepada bidang keagamaan sahaja, namun anak muda ini membuktikan sebaliknya apabila berjaya mencipta nama sebagai seorang jurutera perisian berkaliber.

Menurut Yusuf Suhair, 28, dia terbang ke Indonesia seawal usia 15 tahun untuk mengikuti pengajian di Pondok Modern Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur dan menghabiskan kira-kira tujuh tahun menimba ilmu di sana.

“Sejak tingkatan dua saya masuk ke pondok pesantren sehinggalah sambung pengajian peringkat ijazah di sana dalam bidang Komputer Sains. Saya pulang ke Malaysia ketika pandemik Covid-19 sedang melanda dunia.

Yusuf banyak berkongsi kandungan mengenai AI menerusi media sosial.

“Sepanjang di sana, saya sempat jadi pendebat bahasa Arab sehingga bertanding di Qatar. Kini, saya bekerja sepenuh masa sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat.

“Sehingga kini, saya sudah hasilkan lebih 70 aplikasi dengan enam juta muat turun. Semua aplikasi itu boleh didapati menerusi PlayStore dan AppStore,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Yusuf, jejaka dari Bangi, Selangor ini turut mengimbas bagaimana minatnya dalam bidang itu bercambah sejak usianya masih mentah.

Yusuf merupakan individu penting di sebalik penciptaan aplikasi Alafasy.

“Ini semua pengaruh bermain game sejak kecil. Saya mula belajar programming sejak darjah dua. Saya juga belajar buat coding sendiri. 

“Kalau tak belajar secara formal sekali pun, bidang ini sebenarnya kita boleh belajar sendiri atau disebut sebagai self-taught.

“Ia tidak seperti bidang perubatan misalnya untuk bergelar doktor, yang mana kita memang kena ikuti pengajian secara formal” ujarnya.

Aplikasi Alafasy

Paling membanggakan, Yusuf merupakan individu di sebalik pembangunan Alafasy: Prayers & Al-Quran, sebuah aplikasi hasil kerjasamanya bersama qari terkenal Kuwait, Sheikh Mishary Alafasy.

“Tak pernah terbayang saya akan membangunkan aplikasi untuk Sheikh yang bacaannya sudah saya dengar sejak sekian lama. Sheikh mahu sebuah aplikasi Muslim yang menyediakan waktu solat, al-Quran, arah kiblat dan perkongsian harian.

Yusuf merupakan pengasas YS Academy.

“Saya terlibat sejak awal hingga akhir, mencadangkan fungsi baharu, membentangkannya untuk mendapatkan kelulusan, kemudian membangunkannya menjadi aplikasi yang benar-benar boleh digunakan.

“Aplikasi ini dilancarkan pada September 2025 dan kini sudah mencapai lebih 68,000 pengguna. Ini antara projek yang paling saya banggakan sebagai jurutera perisian Malaysia. Selepas ini, saya berhasrat mengembangkan fokus ke bidang teknologi kewangan Islam atau fintech Islam.

"Saya mahu menggabungkan latar belakang pendidikan agama dengan pengalaman membangunkan perisian untuk menghasilkan penyelesaian yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

Kerjaya buat duit?

Berbekalkan kepakaran yang dimiliki, Yusuf turut menambah pendapatan dengan menjalankan kelas-kelas serta kursus kepada orang awam yang berminat mempelajari kecerdasan buatan (AI).

“Kalau bekerja dalam bidang ini, kita kena manfaatkan kemahiran yang dimiliki. Selain kerja hakiki, kita juga boleh manfaatkannya di luar untuk lipat gandakan pendapatan.

Yusuf menghadiahkan dirinya sebuah kereta Porsche pada Ogos lalu.

“Selain bagi ceramah berkaitan bidang ini, saya juga buat coaching. Pada masa sama, saya juga menghasilkan kandungan di media sosial, banyak saya berkongsi tentang AI dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Hasil kerja kerasnya, Yusuf berkata dia baru sahaja ‘menghadiahkan’ diri sendiri sebuah kereta mewah Porsche Taycan pada Ogos lalu.

“Ia merupakan kereta impian saya. Sebelum ini saya beli Tesla, mungkin selepas ini saya mahukan Lamborghini pula. Bagi saya, jangan pernah rasa cukup. 

“Kereta-kereta ini bukan dibeli sekadar untuk self-reward, sebaliknya boleh digunakan untuk networking dan level up diri kita,” kata Yusuf.

YS Academy

Dalam pada itu, Yusuf juga merupakan pengasas YS Academy dan seorang Certified HRDC Trainer, platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan kelas berkaitan pengekodan, AI dan automasi secara praktikal.

Platform ini membantu peserta mempelajari dan memahami penggunaan teknologi terkini dalam pelbagai bidang.

YS Academy turut menyediakan komuniti pembelajaran untuk membantu peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi digital, pembangunan sistem serta penggunaan AI dalam kehidupan seharian dan pekerjaan.

Artikel Lain