PENGORBANAN mendidik anak bangsa bukan sekadar diukur melalui gaji sebaliknya turut menuntut kesabaran, komitmen dan tanggungjawab yang besar.Namun di sebalik keikhlasan menjalankan tugas, ada masanya timbul juga rasa sedih apabila melihat perbezaan pendapatan dengan rakan sekerja dalam bidang pendidikan. Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Pahang sedih selepas mendengar perkongsian mengenai gaji rakan-rakannya yang bertugas sebagai guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Kafa membantu pelajar memahami agama Islam. -Gambar hiasan"15 tahun berkhidmat sebagai guru Kafa bermula elaun RM800. Sekarang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi RM1,100, kerajaan negeri bagi RM100."Semalam tiba-tiba rasa sedih bila dengar kawan-kawan gaji RM3,000, RM4,000 sebagai guru KPM. Mungkin Allah nak uji rasa syukur," katanya.Wanita itu menjelaskan guru Kafa juga menanggung bebanan kerja yang banyak, malah ada kalanya melebihi tanggungjawab mengajar semata-mata.ARTIKEL BERKAITAN: “Disuruh mengucap pun tak tahu” - Ustazah Kafa menangis ramai murid sangkut ujian amali UPKK, gagal jawab soalan paling asas!ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa bising, anggap Kafa bebankan anak... Penat belajar sampai tak sempat main, hilang zaman kanak-kanak"Saya sekolah kampung, guru tak ramai jadi semua pekara saya kena uruskan. Kalau guru ramai mungkin ringan sikit tugas," katanya.Walaupun menyedari setiap pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri, wanita itu mengakui dirinya juga manusia biasa yang ada kalanya berasa lemah dan memerlukan ruang untuk meluahkan perasaan.“Tak banding pun, tapi biasalah, ada masa tiba-tiba rasa down,” katanya.Wanita berkhidmat sebagai guru Kafa di Pahang selama 15 tahun.Elaun diterima meningkat daripada RM800 kepada RM1,200 sebulan.Mengakui sedih mendengar rakan guru KPM menerima gaji RM3,000 hingga RM4,000.Bebanan kerja bertambah apabila bilangan guru di sekolah kampung tidak ramai.Perkongsian mengundang reaksi netizen yang memahami cabaran guru Kafa dan menyarankan pendapatan tambahan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengharapkan wanita itu tabah dan cuba menjalankan kerja sambilan bagi meraih pendapatan tambahan."Saya pun pernah jadi guru Kafa selama 10 tahun lepas itu mohon guru tetap DG29. Faham sangat tentang situasi guru Kafa."Saya anggap kerja guru Kafa sebagai sambilan sahaja tapi dalam masa yang sama saya buat bisnes. Harap elaun memang pengsan nak sara anak," komen warga maya.