suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Disuruh mengucap pun tak tahu” - Ustazah Kafa menangis ramai murid sangkut ujian amali UPKK, gagal jawab soalan paling asas!

Kafa membantu pelajar memahami agama Islam. -Gambar hiasan AI (kanan)

DIDIKAN agama yang dipupuk sejak kecil sememangnya menjadi benteng paling utama buat anak-anak, terutamanya sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke alam dewasa.

Namun perkara itu mencetuskan kebimbangan apabila seorang wanita mendedahkan kisah ustazah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) yang menangis selepas mengendalikan ujian amali.

Menurutnya, ustazah berkenaan berasa amat sedih apabila mendapati ramai murid tersangkut dan gagal menjawab soalan-soalan asas dalam agama seperti Rukun Islam dan Rukun Iman.

UPKK membabikan murid Tahun Lima yang mengikuti Kafa. -Gambar hiasan

UPKK membabitkan murid Tahun Lima yang mengikuti Kafa. -Gambar hiasan

"Semalam kakak ipar saya bercerita, ustazah Kafa di sekolah anaknya menangis. Katanya dalam ujian amali bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK), hampir semua murid tak boleh jawab soalan asas agama.

"Rukun Iman dan Rukun Islam pun ramai tidak tahu. Yang paling menyedihkan apabila disuruh mengucap, ada yang langsung tidak tahu. Ya Allah, sangat merisaukan generasi akan datang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa bising, anggap Kafa bebankan anak... Penat belajar sampai tak sempat main, hilang zaman kanak-kanak

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak dapat 9A untuk UPKK, wanita tertanya-tanya di mana silapnya hanya peroleh 7A - “Teruk saya menangis”

Perkongsian itu turut mendapat perhatian seorang guru al-Quran yang mengakui berdepan situasi hampir sama ketika mengajar.

Menurutnya, kebanyakan murid dalam halaqah bimbingannya tidak dapat mengingati permulaan Surah al-Ikhlas, malah ramai juga tidak mengetahui surah paling pendek dalam al-Quran itu.

"Saya juga seorang guru al-Quran. Apabila saya tanya murid halaqah, hampir semua tidak tahu bagaimana permulaan Surah al-Ikhlas.

"Saya tanya surah paling pendek dalam al-Quran pun hampir semua tidak tahu. Apabila saya bertanya surah apa yang mereka baca dalam solat selain al-Fatihah, hampir semuanya menjawab Surah an-Nas," katanya.

  • Ustazah menangis selepas ramai murid gagal menjawab soalan asas agama ketika ujian amali UPKK.
  • Guru al-Quran turut mengakui ramai murid tidak hafal surah-surah pendek.
  • Guru mengambil inisiatif memberi cabaran hafal lima surah pendek kepada murid.
  • Perkongsian itu mencetuskan kebimbangan terhadap penguasaan ilmu agama anak-anak.
  • Netizen menegaskan ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik agama di rumah.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana murid-murid itu masih mengenali beberapa surah lain dan mengambil pendekatan lebih positif bagi meningkatkan penguasaan mereka.

"Saya beri cabaran kepada mereka untuk menghafal lima surah pendek. Siapa yang berjaya, saya beri ganjaran. Harapan saya supaya mereka bukan sekadar menghafal, tetapi mengamalkannya dalam solat," katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyifatkan pendidikan agama perlu diperkukuhkan sejak di rumah, dengan ibu bapa memainkan peranan utama sebelum disokong oleh pihak sekolah dan guru.

"Sebab tu ibu ayah kena main peranan penting selain ustaz dan ustazah di sekolah. Jangan serah semuanya kepada pihak sekolah.

"Pada saya sekolah itu memang sejak azali dah ada peranannya. Berbeza suasana di rumah, ibu bapa lebih meluangkan masa mengajar pelajaran lain berbanding agama," komen warga maya.

Artikel Lain