Menyantuni ibu bapa yang sudah uzur bukan sekadar tanggungjawab, malah menjadi tanda kasih sayang dan penghargaan atas segala pengorbanan mereka. -Gambar hiasan AI
KASIH sayang dalam sesebuah keluarga bukanlah sekadar diukur menerusi kata-kata manis, sebaliknya ia lebih terserlah melalui pengorbanan dan sikap saling memahami antara satu sama lain.Begitulah indahnya kisah yang dikongsikan seorang individu mengenai kejujuran adik perempuannya serta kemurahan hati abang mereka. Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai kerana memaparkan bagaimana adik-beradik ini mengutamakan kebajikan keluarga, khususnya ibu mereka yang kini sedang uzur.Menurut individu itu, adik perempuannya yang masih bujang tinggal bersama ibu bapa di kampung dan bekerja sebagai pentadbir kewangan di syarikat milik abang mereka di Perak.Aktiviti seperti makan bersama-sama dapat mengeratkan hubungan sesama adik beradik. -Gambar hiasan AI"Mak call cerita dengan saya. Adik key-in gaji semua staf di kilang, tapi sampai dekat nak key-in gaji dia sendiri, dia masukkan separuh je gaji," kongsinya di Threads. Menurutnya lagi, tindakan jujur si adik itu bagaimanapun disedari oleh abangnya ketika sedang menyemak senarai pembayaran gaji bulanan pekerja."Apabila abang semak, tengok gaji adik ni separuh, abang terus tanya kenapa masukkan gaji separuh je bulan ni?ARTIKEL BERKAITAN: Adik dilema kakak tagih bayar bil bulanan mesin penapis air, bukan berkira tapi komitmen sendiri pun makin banyakARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah berkira dengan keluarga, wanita tergores hati bapa enggan bayar zakat fitrahnya... Adik pula dapat ‘hadiah’ mewah!"Adik jawab... bulan ni adik banyak masuk half day, sebab jaga mak tak sihat baru keluar wad."Abang terus cakap... kamu ni dik, masukkan gaji penuh kamu macam biasa," kongsinya mengimbau momen penuh emosi itu.Melihat keikhlasan kedua-dua adik-beradiknya yang saling bertimbang rasa dan meletakkan kebajikan ibu sebagai keutamaan, individu ini mengakui dia tidak dapat menahan rasa sebak.Seorang individu berkongsi kisah mengenai kejujuran adik perempuan dan kemurahan hati abangnya.Adik perempuannya ambil separuh gaji kerana kerap ambil cuti untuk menjaga ibu yang baru keluar hospital.Abangnya yang menyedari perkara itu meminta adiknya memasukkan gaji penuh seperti biasa.Individu tersebut mengakui sebak melihat sikap adik-beradik yang saling bertimbang rasa dan mengutamakan kebajikan ibu.Perkongsian itu meraih pujian warga maya yang menyifatkan kejujuran, kasih sayang dalam keluarga sebagai sesuatu yang tak ternilai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Rasa sebak sebab rasa begitu baiknya abang saya dan adik ni urus dan menjaga kebajikan serta kesihatan mak."Anak mana je yang tak nak jaga dua pintu syurganya selagi masih ada, kan?" katanya.Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya memuji nilai kejujuran si adik dan kemurahan hati si abang.Malah, ramai yang menyifatkan sikap saling memahami dalam keluarga sebegini sebagai satu rezeki yang tidak ternilai harganya."Subhanallah, tahniah mak ayah awak sebab dah didik anak-anak jadi sebaik ni."Tiba-tiba nangis. Anak-anak jujur. Mak pun tak banyak kerenah. Syukur dapat mak bapa yang baik, anak-anak tahu tanggungjawab," demikian antara komen netizen.