SAMBUTAN Aidilfitri yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar hiba bagi seorang wanita apabila mendakwa menjadi mangsa pilih kasih bapanya sendiri.Meluahkan kesedihan yang terbuku, ujar wanita ini, segalanya bermula apabila dia bertanya kepada bapanya mengenai bayaran zakat fitrah pada malam raya lalu. Namun bapanya dengan selamba memberitahu tidak membayar zakat tersebut untuknya dan jawapan tersebut menggores hatinya.Anak sulung sering dibebankan dengan tanggungjawab menyara keluarga. -Gambar hiasan"Aku menangis dekat mama, aku cakap salah ke aku jadi anak sulung sampai zakat fitrah aku pun abah tak nak bayar tapi adik-adik dapat tanah beratus ribu nilainya."Tapi RM8 pun abah tak boleh ke bayar dekat anak dia yang belum kahwin ini? Aku menangis sebab terasa hati sangat dengan abah," luahnya di Threads.Apa menambah rasa pilu kata wanita itu, dia tidak pernah berkira dengan keluarganya selaku anak sulung.ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘meletup’ dengan sikap bapa kaki ketum, remuk tengok ibu ‘bela’ biawak hidup - “Semoga dia menyesal jadi orang tak berguna!”ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuit sikit, suasana jadi awkward” - Wanita tanggung malu ibu tunjuk perangai ‘diva’, siap sindir bakal besan ziarah rayaMalah bersempena hari raya, dialah orang yang akan mengeluarkan semua belanja keperluan termasuk membeli baju raya, barang persiapan Aidilfitri dan menanggung semua kos setiap kali mereka keluar bersama."Lauk raya, baju raya sampin, seluar jeans, makan minum semua aku bayar," katanya.Wanita sedih dakwa jadi mangsa pilih kasih bapa sendiri menjelang Aidilfitri.Terkilan zakat fitrah RM8 pun tidak dibayar, sedangkan adik ditawar tanah murah.Dakwa dia banyak tanggung perbelanjaan ibu bapa termasuk baju dan makan minum.Luahan di media sosial undang rasa hiba dan perhatian netizen.Netizen nasihat jangan terlalu berkorban dan utamakan diri sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIPendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib anak sulung tersebut dan menyifatkan tanggungjawab sebagai 'tonggak' keluarga selalunya tidak dihargai."Kadang kala kita perlu berhenti jadi lilin kerana dalam dunia ini manusia sama ada wujud pertalian atau tidak, mereka tidak akan berhenti jadi lintah."Tak payah harap tanah orang dan zakat tu tanggungjawab awak sebab dah bekerja," demikian reaksi netizen.