PELAKON Leonardo DiCaprio mengundang perhatian netizen selepas memuat naik hantaran memuji perancangan kerajaan Indonesia berhubung usaha memelihara kawasan hutan.Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Leonardo, 52, menyatakan sokongan terhadap rancangan kerajaan Indonesia untuk memanfaatkan kawasan hutan yang rosak bagi menyokong program sara diri tenaga dan makanan negara itu. Bintang filem Titanic itu berpendapat langkah berkenaan mampu mengurangkan tekanan terhadap kawasan hutan, selain membantu memperkukuh sekuriti makanan dan tenaga negara.Perkongsian Leonardo sebelum ini menarik perhatian ramai.Leonardo turut memetik kenyataan Utusan Khas Presiden bagi Iklim dan Tenaga, Hashim Djojohadikusumo yang sebelum ini mendedahkan perancangan tersebut ketika menghadiri acara Investor Daily Summit 2026.Hashim yang juga adik kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata, kerajaan bercadang memanfaatkan tanah degradasi dan kawasan hutan rosak untuk penanaman pelbagai komoditi.ARTIKEL BERKAITAN: Leonardo DiCaprio bimbang isu kebakaran hutan Indonesia makin parahARTIKEL BERKAITAN: Zaskia Adya Mecca turun padang padam kebakaran hutan di Kalimantan"Baru-baru ini, Utusan Khas Presiden bagi Iklim dan Tenaga mengumumkan bahawa Indonesia akan memanfaatkan tanah degradasi, bukannya membuka kawasan hutan, untuk menanam pelbagai komoditi seperti padi, tebu dan kelapa sawit," tulisnya.Bagaimanapun, tindakan Leonardo menutup ruangan komen pada hantaran tersebut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.Malah, ada yang berharap perkongsian pelakon itu sekadar sindiran memandangkan kenyataan itu hanya bersandarkan pengumuman Hashim sebelum ini.