PELAKON Go Kyung Pyo dilaporkan terlibat dalam kemalagan jalan raya selepas memandu di bawah pengaruh alkohol.Perkara itu turut disahkan pihak agensinya yang turut memaklumkan Go Kyung Pyo melanggar sebuah lori pengangkut sampah menggunakan kenderaan peribadinya ketika memandu. Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 pagi di kawasan Mapo-gu, Korea Selatan.Go Kyung Pyo sedia untuk berkerjasama bantu siasatan polis.Susulan insiden itu, ujian pernafasan menggunakan alat pengesan alkohol mendapati paras alkohol dalam darah Go Kyung Pyo cukup tinggi sehingga membolehkan lesen memandunya dibatalkan.Ini kerana undang-undang di negara itu menetapkan hukuman bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol berdasarkan paras alkohol dalam darah (BAC).Go Kyung Pyo kemudiannya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut, namun tidak ditahan.ARTIKEL BERKAITAN: Go Kyung Pyo sudah ada kekasih, rupanya bercinta sejak 3 tahun lalu ARTIKEL BERKAITAN: Go Kyung Pyo masih waras, jawab tuduhan ambil foto tak senonoh bersama wanita dalam ‘photo booth’Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berkenaan.Sementara itu, Go Kyung Pyo dilaporkan bersedia bertanggungjawab atas insiden tersebut selain memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.Kejadian itu dijangka turut memberi kesan terhadap beberapa projek lakonan Go Kyung Pyo yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.