suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Go Kyung Pyo masih waras, jawab tuduhan ambil foto tak senonoh bersama wanita dalam ‘photo booth’

Kyung Pyo menyangkal dakwaan kononnya dia melakukan aksi tidak senonoh bersama seorang wanita.

PELAKON GO Kyung Pyo didakwa melakukan aksi tidak senonoh bersama seorang wanita di sebuah photobooth di Busan, Korea Selatan.

Lebih mengejutkan, Kyung Pyo dikatakan tanpa segan silu merakam hampir 20 keping foto dengan aksi meloyakan bersama wanita terbabit.

Tampil menyangkal tuduhan berkenaan, Kyung Pyo menegaskan dirinya masih waras dan tidak tergamak melakukan tindakan yang boleh mencalarkan namanya.

Copy of Untitled - 2025-01-08T123837.860

Kyung Pyo tidak tergamak melakukan perkara yang memalukan.

"Jangan risau, saya tidak segila itu. Mari kita lihat apa yang akan terjadi kepada orang gila," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory.

Berserta kapsyen, pelakon itu turut memuat naik fotonya bersendirian dipercayai dirakam di photo booth berkenaan.

Sementara itu, agensi Kyung Pyo iaitu CL&COMPANY menyifatkan fitnah berkenaan sebagai jenayah serius bertujuan untuk menjatuhkan pelakon itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Go Kyung Pyo ubat rindu peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Tersebar video AI papar aksi tak senonoh, Twice bakal ambil tindakan tegas

Jelasnya, mereka enggan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang dengan segera.

"Khabar angin tersebut merupakan satu tindakan jenayah serius yang merosakkan reputasi artis kami.

"Kami memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap fitnah jahat dan penyebaran maklumat palsu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain