PENYANYI Farahdhiya berharap peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF) memanfaatkan peluang yang diberikan sebaik mungkin bagi mengembangkan semula kerjaya nyanyian masing-masing.Menurut Farahdhiya, program Gegar Vaganza (GV) terbukti menjadi platform terbaik buat penyanyi yang pernah mencipta populariti untuk kembali mengukuhkan nama dalam industri seni. Katanya, penyertaan dalam program berkenaan banyak membantu menghidupkan semula kerjaya nyanyiannya selepas sekian lama lebih memberi tumpuan kepada bidang lakonan.Farahdhiya terkenal dengan lagu Bertakhta Di Hati.“Saya bermula sebagai penyanyi sebelum lagu saya mendapat sambutan. Selepas itu, saya lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang lakonan sehingga aktiviti nyanyian semakin berkurangan.“Ketika menyertai Gegar Vaganza, saya hanya menyanyi mungkin setahun sekali. Itu memang perkara sebenar,” katanya.Tambah Farahdhiya, pada ketika itu kesibukan dengan jadual penggambaran menyebabkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan kerana tidak dapat membahagikan masa antara kedua-dua bidang tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak matang dan tiada kelas” - Farahdhiya ‘sound’ individu buka aib bekas pasangan lepas berpisahARTIKEL BERKAITAN: Pernah jadi mangsa, Farahdhiya tendang pembuli sampai tergolekNamun penyertaannya dalam GV membuka lebih banyak peluang untuk kembali aktif menyanyi apabila orang ramai mula menyedari kemampuan sebenar dirinya sebagai penyanyi.“Bagi saya, program ini adalah platform yang sangat baik dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana peluang seperti ini mungkin tidak datang kepada semua peserta.“Inilah masanya untuk menunjukkan bakat yang mungkin sudah lama dimiliki tetapi belum berpeluang diketengahkan sebelum ini. Mereka mula memanggil saya untuk membuat persembahan.FARAHDHIYAPENYANYI/PELAKON“Sama seperti saya, mungkin sebelum ini orang hanya mengenali lagu Bertakhta Di Hati tetapi tidak tahu kemampuan sebenar saya dalam bidang nyanyian.“Menerusi Gegar Vaganza, saya dapat membuka mata orang ramai bahawa saya sebenarnya boleh menyanyikan pelbagai genre lagu,” ujarnya.Jelasnya, pendedahan menerusi program itu turut memberi kesan positif apabila semakin banyak pihak mula mengundangnya untuk membuat persembahan.Farahdhiya meraih tempat kedua di GV2.“Apabila orang mula menyedari kemampuan itu, mereka mula memanggil saya untuk membuat persembahan. Jadi, saya melihat GV sebagai satu platform yang sangat baik untuk mengembangkan semula kerjaya nyanyian,” luahnya.Sebelum ini, Farahdhiya pernah menyertai Gegar Vaganza Musim 2 (GV2) pada tahun 2015 dan meraih tempat kedua diikuti Siti Nordiana pada kedudukan pertama.TONTON VIDEO PILIHAN!