PENYANYI dan pelakon, Farahdhiya menegur segelintir individu yang gemar membuka aib bekas pasangan selepas berpisah atau bercerai dengan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang serta tiada maruah diri.
Farahdhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, berkata tindakan menceritakan keburukan bekas pasangan kepada umum bukan sahaja menunjukkan sikap tidak matang, malah mencerminkan tahap pemikiran seseorang yang kurang bijak.
“Antara tanda paling besar seseorang itu red flag adalah dia, sama ada lelaki atau perempuan, memilih untuk membuka aib bekas pasangan selepas putus cinta atau bercerai.

Perkongsian Farahdhiya di Threads miliknya.
“Perbuatan sebegini jelas menunjukkan sikap tidak matang dan tiada kelas. Apa sebenarnya yang ingin dicapai dengan mendedahkan aib bekas pasangan kepada umum?” katanya.
Farahdhiya berkongsi pandangannya itu menerusi satu hantaran di Threads miliknya pada malam Jumaat.
Menurut Farahdhiya, perbuatan mendedahkan aib bekas pasangan menunjukkan seseorang itu tidak tahu menjaga maruah diri serta mengabaikan perasaan keluarga dan anak-anak yang turut terkesan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jadi mangsa, Farahdhiya tendang pembuli sampai tergolek
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan main rembat” - Farahdhiya serah soal jodoh ditangan Allah, kagum wanita mampu berdikari tanpa lelaki
“Secara jujur, saya langsung tidak menghormati individu seperti ini. Tidakkah mereka berasa malu? Tidak terfikirkah tentang perasaan keluarga dan anak-anak?
“Akhirnya, mereka sendiri yang kelihatan terdesak dan kebudak-budakan. Gunalah akal yang dikurniakan Tuhan dengan sebaik-baiknya.
“Ingatlah, setiap orang ada aib masing-masing, jangan sampai tiba masanya aib sendiri pula yang terbuka,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


