suria

Masih dihina kerana kisah karpet di Nilai, PU Riz terkesan... Dedah pernah dimalukan dalam program komedi

Haris akui dihantui dengan komen netizen tentang kesilapannya.

SUDAH lama berdiam diri, suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail tampil meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang masih mengejek tentang insiden empat tahun lalu.

Menurut Haris atau lebih mesra dengan sapaan PU Riz, kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai pada tahun 2021 memberi kesan besar terhadap kehidupannya hingga ke hari ini.

Kata Haris, peristiwa itu bukan sahaja mencalarkan imejnya, malah membuatkan dia mempersoalkan kemampuannya sebagai seorang bapa.

Luahan hati PU Riz jadi perhatian.

“Walaupun akhirnya mahkamah sudah membuat keputusan, kesannya pada hidup saya amatlah menakutkan. Percayalah, tiada satu pun sisi diri saya yang menginginkan hal ini berlaku.

“Apatah lagi ketika itu isteri sedang sarat mengandung dan saya pula tiada pengalaman menjadi bapa. Saya risau dan tertekan memikirkan keadaan Bilal dalam kandungan ketika itu. Kita yang dewasa pun tertekan, apatah lagi anak kecil yang masih di dalam rahim ibunya,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Haris mengakui insiden tersebut membuatkan dia sering dihantui perasaan bersalah terhadap anak sulungnya, Muhammad Bilal.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz dikecam kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama... “RM850 seorang, ilmu apalah yang diajar”

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz sudah jumpa polis... tapi maklumat belum cukup

“Kadang-kadang terdetik dalam hati suara kecil berbisik ‘kau bukan seorang bapa yang baik’.

“Sehingga hari ini, setiap kali mengenangkan peristiwa itu, saya akan memeluk Bilal dan berbisik padanya ‘Maafkan abah, Bilal’,” ujarnya lagi.

Lebih menyedihkan lagi, Haris mengakui dirinya dimalukan di hadapan orang ramai ketika menjadi tetamu di sebuah program komedi bersama rakan pelawak.

Jelasnya, dia menerima jemputan tersebut daripada sahabat baiknya dalam program Pencetus Ummah namun tidak sangka akan berakhir dengan penghinaan dan penganiayaan di hadapan khalayak ramai.

PU Riz minta henti bercakap kisah lalunya.

"Belum lagi saya cerita tentang pelawak yang kontang idea, mengotak-katikkan maruah saya di hadapan ribuan bahkan jutaan rakyat Malaysia. Semasa panggilan, skrip diberitahu tentang watak ustaz yadayada. 

"Langsung tiada disebut awal-awal berkenaan isu peribadi akan dimainkan. Dengan sangkaan baik dan persahabatan yang saya kira suci, semuanya dirobek demi mengejar ‘rating’ yang entah ke mana arahnya.

“Sehingga kini, dia masih menyimpan mesej yang saya kirimkan, meluahkan kekecewaan yang tiada penghujung. Sahabat saya tidak ramai, jadi jika berkawan, saya bersahabat sungguh-sungguh,” luahnya.

Kisah beli karpet di Nilai menghantui PU Riz.

Untuk rekod, Neelofa dan suami dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan itu didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke premis atau menulis secara manual pada buku disediakan ketika hadir di kedai karpet di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei 2021.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan pasangan itu dilepas tanpa dibebaskan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain