suria

Dapat hidayah melalui mimpi, Kilafairy insaf lihat ngerinya seksaan neraka

Kila imbau semula hatinya menerima hidayah.

PELAKON dan penyanyi, Kilafairy berkongsi kisah menyentuh hati yang dipercayai menjadi titik permulaan dirinya untuk berhijab.

Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 33, berkata dia mendapat petunjuk melalui sebuah mimpi yang memperlihatkan gambaran tentang syurga dan neraka, sekali gus menimbulkan rasa insaf dalam dirinya.

"Selama bertahun-tahun, doa saya adalah, ‘Ya Allah, saya mahu jadi muslimah yang baik, tunjukkan saya, takutkan saya.

Kila kongsi kisah penghijrahannya buat kali pertama.

"Malam itu saya tidur. Saya nampak setiap kejadian dengan jelas di neraka dan syurga.

"Jadi selepas saya bermimpi begitu, saya terus bangun dan pesan tudung. Saya ambil selendang milik mama," katanya.

Kila berkongsi pengalaman tersebut ketika muncul dalam podcast Studio Sembang yang dihoskan oleh Amelia Henderson.

ARTIKEL BERKAITAN: Iman dah hujung-hujung, Kilafairy terfikir buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju pengantin, peminat buat carian ‘husband Kilafairy’ di TikTok... Tuan badan syukur ramai doa perkara baik

Menurut Kila, sebaik sahaja mengalami mimpi berkenaan, dia segera mendapatkan nasihat daripada suami kepada Neelofa iaitu Haris Ismail.

"Lepas itu, saya telefon Neelofa. Dia cakap, ‘kau nak ustaz terjemahkan tak mimpi ni?’ Jadi, saya pun jumpa Haris," katanya lagi.

Tambah Kila, mimpi tersebut masih segar dalam ingatannya kerana setiap apa yang dilihat seolah-olah sama seperti yang tercatat dalam al-Quran dan hadis.

Katanya, gambaran yang dilihat begitu nyata sehingga tidak menyangka betapa dahsyatnya neraka dan tenangnya syurga.

Kila kongsi kejadian yang menginsafkan dirinya.

"Saya kena potong tangan, boleh nampak setan-setan itu uratnya ada lava dan suaranya seperti petir. 

“Sebelah sini orang ditolak dalam gaung, potong tangan dan ada orang lidahnya ditarik serta potong. Saya nampak semuanya dan saya sendiri tak percaya macam mana boleh dapat mimpi itu.

"Paling tak disangka, saya nampak seorang ini berkulit gelap. Masa saya tengah kena potong tangan, orang berkulit gelap itu, jejak sahaja kaki di neraka terus jadi macam apa yang diceritakan dalam hadis. Dia juga tunjukkan saya bagaimana keadaan berada di syurga," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain