PERNAH melalui fasa perceraian, pelakon Aprena Manrose kini memilih untuk melihat sisi indah di sebalik setiap ujian yang datang dalam kehidupannya.
Bagi Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, setiap perpisahan bukan satu pengakhiran, sebaliknya peluang untuk mengenali diri dan menerima takdir yang telah ditentukan.
Dalam usaha memulihkan semangat dan terus melangkah ke hadapan, Aprena turut berkongsi pesanan buat diri sendiri serta individu yang sedang melalui pengalaman serupa.

Aprena percaya dengan perancangan Allah SWT.
“Satu cara untuk terus move on, harap ianya membantu.
"Kalau Allah itu sudah berikan titik noktah, jangan diubah jadi tanda tanya. Kenapa? Apa masalahnya?
"Ya sudah, sudah. Jangan ditanya-tanya lagi. Tak perlu. Itu cara saya ingatkan diri sendiri... Jalan terus!” katanya.
Aprena berkongsi luahan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya pada pagi Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose dedah sudah cerai, cuba bertahan tetapi gagal
ARTIKEL BERKAITAN: Aprena Manrose faham perasaan Janna Nick, 8 tahun tahan telinga ditanya fasal anak
Pesanan berunsur motivasi itu nyata menarik perhatian ramai apabila rata-rata netizen bersetuju dengan kata-kata Aprena dan menyifatkannya sebagai nasihat yang cukup matang serta penuh makna.
Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.
Bagaimanapun pada Jun 2025, Aprena mengumumkan dia sudah bercerai tanpa mendedahkan tarikh sebenar mahupun punca perpisahan tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


