suria

Belum bertemu pengganti, Aliff Aziz tetap dalam fasa bahagia

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz memberitahu dia belum terfikir untuk bercari teman pengganti selepas fasa bercerai. 

Kata Aliff, 34, tumpuannya kini lebih diberikan kepada diri sendiri selain orang sekeliling termasuk keluarga. 

“Kalau nak tanya saya dah jumpa pengganti ke? Jawapannya belum.

Aliff bahagia dengan hidupnya.

"Tapi apa yang boleh saya katakan, sekarang berada dalam satu fasa yang membahagiakan. 

"Saya rasa gembira dan ingin terus memperbaiki diri. Saya mahu menjadi insan yang lebih baik dalam lingkungan yang ada sekarang. Alhamdulillah, itu sahaja,” katanya kepada mStar. 

Tambah Aliff dia juga enggan terlalu terbuka bercakap soal peribadi kerana bimbang setiap kenyataan akan disalah tafsir. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz tidak pernah menghilang, tetap aktif menyanyi... Enggan terus dibayangi kisah lama

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menyepi, Aliff Aziz lepas gian menyanyi di Singapura

Bahkan baginya soal cinta bukanlah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan kepada khalayak. 

"Saya rasa soalan tu pun tak perlu dijawab panjang. Ramai di luar sana pun mungkin rasa benda ini bukan sesuatu yang penting untuk tahu.

"Saya jawab sebab kawan-kawan media bertanya, tapi pada masa sama saya tak nak menjawab benda yang akhirnya akan jadi buah cakap yang tak perlu. Macam itulah insya-Allah,” luahnya.

Untuk rekod Aliff pernah berkahwin dengan penyanyi Bella Astillah pada 9 September 2016. 

Aliff enggan kisah hidup jadi bualan lagi.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Merkea bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Mereka sebelum itu pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain