suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Ahnaf gagal tahan sebak peminat masih sokong, sangka karier seni sudah berkubur

Sokongan peminat beri semangat buat Amir.

PELAKON Amir Ahnaf tidak mampu menahan sebak melihat sokongan peminat selepas melalui detik sukar sehingga hilang kepercayaan terhadap diri sendiri susulan beberapa insiden sejak dua hingga tiga bulan lalu.

Amir atau nama sebenarnya Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, berkata, penghargaan yang diberikan penonton ketika menghadiri malam gala filem Baga: Esok Untuk Siapa membuatkan dia bersyukur dan kembali yakin terhadap kemampuan dirinya dalam industri seni.

Malah, dia mengakui tidak menyangka masih ada pihak yang menghargai hasil kerjanya kerana dia menganggap karier seninya sudah berakhir sebelum ini.

Amir hargai sokongan peminat. 

“Saya hilang rasa kepercayaan terhadap diri sendiri. Tapi selepas melihat, mendengar dan merasai apa yang kalian rasa, saya bersyukur kerana kalian lebih menghargai perasaan manusia.

“Saya jujur dalam setiap apa yang saya buat, apatah lagi naskhah yang saya bawa. Bukan saya seorang, tetapi bersama barisan pelakon dan tenaga produksi lain yang semuanya datang dengan hati yang jujur.

"Saya percaya apa yang kita buat dalam hidup kita tak kisah apa benda pun, kalau jujur, semua orang akan rasa. Dan saya bersyukur sebab kalian rasa sekali,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf trauma jadi penagih dadah dalam Baga, takut duduk sendiri hingga ajak adik-beradik teman selepas penggambaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah terbuka jika berjodoh dengan Amir Ahnaf - “Allah yang pegang hati kita“

Dalam pada itu, Amir mengakui tidak menyangka masih mempunyai tempat dalam industri seni.

“Saya tak percaya yang kalian semua berada di sini sebenarnya. Sebab saya ingat saya sudah pupus dalam industri ini. Saya ingat saya sudah tiada lagi.

Dan saya bersyukur sebab kalian rasa sekali 

AMIR AHNAF

PELAKON 

“Saya berada dalam industri ini sebab mahu membantu keluarga dan industri kita. Saya mahu mengangkat bakat-bakat yang sebelum ini tidak diberikan perhatian untuk berkongsi rasa dengan kita semua,” ujarnya.

Tambah Amir, usaha menjayakan sesebuah karya bukanlah untuk kepentingan dirinya semata-mata, sebaliknya bertujuan mengangkat martabat industri seni tempatan.

Dia juga berharap karya yang dihasilkan mampu menjadi medium penyatuan penonton selain membuka ruang kepada bakat baharu untuk terus diketengahkan.

“Saya angkat cerita ini bukan sebab saya seorang. Saya angkat kita semua. Kita buat semua ini bukan untuk kita, tetapi untuk industri Malaysia dan supaya kalian semua dapat merasainya. Terima kasih sebab percaya dan hargai,” kongsinya.

Amir terus perjuangkan bakat dalam dunia seni. 

Sebelum ini, nama Amir menjadi perhatian selepas tular tangkap layar memaparkan komen ‘jump jacks now’ yang ditinggalkannya pada foto seorang wanita berpakaian seksi di media sosial.

Filem Baga: Esok Untuk Siapa turut menampilkan gandingan pertama Amir bersama Amirah Razak yang membawakan watak Melur sebagai teraju utama.

Naskhah terbitan Indigo Films bergenre jenayah itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 November ini.

Filem arahan Ariff Zulkarnain itu menjalani penggambaran di Terengganu dan mengisahkan Jani serta Melur, sepasang kekasih muda yang terperangkap antara realiti kehidupan dengan impian untuk mengubah nasib mereka.

Artikel Lain