suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Ahnaf trauma jadi penagih dadah dalam Baga, takut duduk sendiri hingga ajak adik-beradik teman selepas penggambaran

Amir mengalami kesan emosi dan perubahan sikap selepas membawa watak penagih dadah.

GARA-GARA filem Baga: Esok Untuk Siapa, pelakon Amir Ahnaf mengalami kesan emosi dan perubahan sikap selepas menggalas watak seorang penagih dadah.

Amir, 26, berkata, proses untuk melepaskan diri daripada karakter Jani bukan sesuatu yang mudah sehingga mengambil masa untuk kembali kepada dirinya sendiri selepas penggambaran selesai kira-kira dua tahun lalu.

Malah, dia menyifatkan pengalaman itu sebagai antara fasa paling gelap dalam hidupnya apabila timbul perasaan takut untuk berada seorang diri di rumah.

“Selepas selesai penggambaran, boleh dikatakan saya melalui antara fasa gelap dalam hidup. Proses untuk keluar daripada karakter Jani ini sangat sukar,” katanya.

Amir mengakui  timbul perasaan takut untuk berada seorang diri di rumah.

Mengakui sukar mengawal perasaan ketika itu, Amir berkata, perkara pertama dilakukannya adalah menghubungi adik-beradik untuk meminta mereka tinggal bersamanya.

Katanya, kehadiran adik-beradik yang turut bekerja di sekitar Lembah Klang sedikit sebanyak membuatkan dia berasa lebih selamat dan tidak terlalu takut untuk bersendirian.

“Perkara yang paling saya takut ketika itu adalah bersendirian. Bagi saya, manusia menjadi lebih kuat apabila berada bersama orang lain.

“Keputusan pertama yang saya buat ketika itu adalah menghubungi adik-adik dan minta mereka datang tinggal bersama sebab saya takut untuk duduk bersendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasper Supayah pertahan Amir Ahnaf, rayu netizen henti kecaman - “Kita semua buat silap“

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah terbuka jika berjodoh dengan Amir Ahnaf - “Allah yang pegang hati kita“

“Apabila adik-adik datang, sekurang-kurangnya saya dapat melihat wajah mereka dan merasakan diri lebih selamat,” ujarnya.

Berkongsi persiapan menjayakan watak Jani, Amir berkata, dia melakukan kajian menerusi pelbagai bahan rujukan bagi memahami kesan penyalahgunaan dadah terhadap seseorang individu.

Selain menonton video di YouTube, dia turut memerhatikan bahasa tubuh, cara pertuturan dan pergerakan mata individu yang terkesan akibat pengambilan dadah sebelum menerapkannya dalam lakonan.

“Saya buat kajian mengenai dadah dengan menonton video di YouTube untuk memahami bagaimana dadah memberikan kesan kepada seseorang.

“Daripada itu, saya mempelajari bahasa tubuh, cara pertuturan dan pergerakan mata individu yang terkesan akibat dadah sebelum menerapkan pemerhatian itu ke dalam karakter ini.

Babak dalam Baga

Chech Adrea melakonkan watak sebagai Ajih. 

“Cara saya membuat persiapan adalah dengan duduk bersendirian di dalam bilik, memasang kamera dan mencuba membaca skrip sambil melakonkan karakter tersebut,” katanya.

Filem arahan Ariff Zulkarnain itu turut menampilkan gandingan pertama Amir bersama Amirah Razak yang membawakan watak Melur sebagai teraju utama.

Naskhah terbitan Indigo Films bergenre jenayah dan drama itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 November ini.

Menjalani penggambaran di Terengganu, Baga: Esok Untuk Siapa mengisahkan Jani dan Melur, sepasang kekasih muda yang terperangkap antara realiti kehidupan dengan impian untuk mengubah nasib mereka.

 

Pelakon Baga, Amir Ahnaf, Terengganu,

Artikel Lain