BUKAN menghilang daripada dunia seni, penyanyi Mas Idayu sebenarnya sibuk dengan pelbagai urusan termasuk menyiapkan single terbaharunya.Mas Idayu atau Masidayu Mesnun, 54, berkata dia menyedari sudah lama tidak muncul di khalayak dengan perkembangan terbaharu sehingga ada yang menyangka dirinya kian menyepi. Kata Mas Idayu, dia mungkin jarang berkongsi aktiviti di media sosial sehingga menyebabkan peminat kurang mengetahui perkembangan semasa mengenai dirinya.“Lama ya tak dengar berita saya, ada saja saya sibuk dengan pelancaran lagu baharu berjudul Jemawa. “Mungkin orang ingat saya senyap sunyi sebab tak ada update di media sosial sangat kot. Mas Idayu terpaksa menolak tawaran program TV kerana komitmen single baharu.“Nanti kalau rajin saya minta pembantu untuk buat posting lebih banyak baru nampak sikit (haha),” katanya ketika dihubungi mStar. Mengulas mengenai aktivitidi media sosial, Mas Idayu menjelaskan bukan semua perkara dalam kehidupan perlu dikongsikan kepada umum.Menurut penyanyi lagu Cintaku 100% ini, dia hanya berkongsi perkara yang dirasakan sesuai dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.“Saya bukan tak aktif di media sosial, cuma yang ada perkara yang saya rasa tak perlu dikongsikan kepada umum. ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buktikan diri masih relevan, tak layak masuk pertandingan nyanyianARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu puji Siti Nurhaliza berani bereksperimen, tak takut cuba benda baharu“Bila saya kongsi di media sosial itu maksudnya memang mahu berkongsi dan bukanlah untuk show off. “Bila kita dapat pengetahuan yang baik ikutlah kebaikan, bila terima yang kurang baik cuba belajar perbaiki,” ujarnya.Dalam pada itu, Mas Idayu turut menafikan dirinya sudah tidak aktif dalam program televisyen, sebaliknya mengakui masih menerima tawaran untuk menyertai rancangan tertentu.Bagaimanapun, dia belum dapat memberikan komitmen terhadap tawaran berkenaan berikutan kekangan masa dan mahu memberi tumpuan kepada beberapa kerja lain.“Tak semestinya peminat dapat tengok saya di televisyen atau media saja. Asyik muka sama pun muak juga, banyak kerja lain di luar sana yang saya buat. “Tawaran program TV itu memang ada tetapi buat masa sekarang saya tak dapat beri komitmen kerana kekangan masa,” jelasnya.Mas Idayu sibuk dengan proses pelancaran single baharu, Jemawa.Berkongsi mengenai perancangan seni, Mas Idayu berkata dia mahu menyelesaikan rakaman beberapa lagu yang masih belum siap sepanjang tahun ini.Malah, dia mengakui agak cerewet dalam memilih lagu Jemawa kerana mahu memastikan karya solo terbaharu itu benar-benar memenuhi cita rasanya selepas sekian lama tidak menghasilkan single baharu.“Tahun ini saya perlu siapkan rakaman lagu-lagu yang belum diselesaikan. Untuk lagu Jemawa sebelum ini dalam meeting beberapa kali juga saya reject sampai dapat yang terbaik baru kami teruskan. “Sebab ini lagu solo saya setelah sekian lama tak buat single baharu, Takut juga. Jadi saya akan sentiasa melibatkan diri dalam pembikinan lagu ini supaya saya berpuas hati. “Lagi pun syarikat rakaman tidak pernah memperlekehkan idea-idea saya, mereka sangat memberi kerjasama dan sokongan,” katanya.