PERMINTAAN untuk menambah lauk bertukar tragedi apabila seorang pemandu maut selepas ditikam penjual makanan susulan pertengkaran yang tercetus antara mereka.Berdasarkan laporan, mangsa dikenali sebagai Sandeep, 35, meninggal dunia ketika menerima rawatan, dua hari selepas kejadian. Polis berkata pada Rabu, insiden berlaku berhampiran Jwalapuri Nala di kawasan Nihal Vihar, Delhi, India pada malam 25 Oktober.Siasatan awal mendapati pertengkaran tercetus antara mangsa dengan penjual chhole bhature, hidangan roti goreng yang disajikan bersama kuah kacang kuda, dipercayai berhubung permintaan untuk menambah lauk berkenaan.Tambah polis, mangsa yang ditikam pada awalnya dibawa ke Hospital Sanjay Gandhi Memorial sebelum dipindahkan ke Hospital Maharaja Agrasen di Punjabi Bagh.Namun malangnya, kecederaan yang dialami membuatkan dia meninggal dunia pada 27 Oktober.Susulan daripada itu, polis menahan penjual terbabit yang dikenal pasti sebagai Chintu Gupta.Menurut polis, laporan perubatan merekodkan tiga kesan tikaman di bahagian kiri perut mangsa serta beberapa luka pada lengan kiri dan pergelangan tangannya.Jelasnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk meneliti kemungkinan penglibatan individu lain dalam kejadian tersebut. -Agensi