suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melebih-lebih kritik PDRM isu Rohingya, Polis Kelantan buka tiga kertas siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM).

POLIS Kelantan membuka tiga kertas siasatan terhadap individu yang didakwa mengeluarkan komen negatif mengenai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri itu menerusi media sosial, dengan seorang daripada mereka sudah ditahan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, komen yang dikeluarkan adalah berhubung isu etnik Rohingya yang menyebabkan netizen menghentam serta membuat kenyataan melampau hingga mencemarkan imej PDRM.

"Ini adalah satu anasir jahat yang boleh merosakkan nama PDRM dan kami akan mengambil tindakan tegas dalam hal ini.

"Setakat ini tiga laporan diterima dan kami sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)," katanya pada Khamis.

Mohd Yusoff berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Nak tegur saya tiada masalah tapi kena ingat kalau untuk penambahbaikan, kita terima namun jika boleh jejaskan ketenteraman awam, penghinaan melampau, tuduhan dan fitnah hingga salah faham, akan diambil tindakan.

"Kita ada saluran rasmi, jika ada kritikan, guna saluran rasmi. PDRM di negeri ini akan terus jalankan tugas secara adil dan penuh integriti," katanya.

Artikel Lain