suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun turun naik mahkamah kes fitnah, Shakilla Khoriri pernah beri peluang mohon maaf

Shakilla berharap mendapat keputusan yang terbaik di mahkamah.

SELEPAS lebih dua tahun berlarutan, pelakon Shakilla Khoriri berasa lega apabila dia selesai memberi keterangan dalam prosiding mahkamah melibatkan kes saman fitnah yang difailkan terhadap seorang individu.

Biarpun perlu berdepan dengan pelbagai prosedur di mahkamah, namun bagi Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 37, segala usaha yang dilakukan itu demi menuntut keadilan dan membuktikan dia berada di pihak yang benar.

"Drama sana sini, nak hadap macam-macam manusia sungguh memenatkan. Syukur semalam (Rabu) hari terakhir perbicaraan. Sekarang ini tunggu hujahan bertulis dan insya-Allah keputusan pada Januari 2027," katanya.

Shakilla menuntut keadilan apabila ada yang bercakap buruk tentang dia dan suaminya. 

Shakilla hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu bagi prosiding kes berkenaan bersama suaminya, Mohd Fariz dan pasukan peguam yang mewakili mereka.

Kes saman tersebut difailkan oleh Shakilla terhadap komen seorang individu yang mendakwa dia menjalinkan hubungan dan melakukan zina bersama suami orang.

Ketika dihubungi, pelakon ini memberitahu dia pernah memberi peluang kepada individu itu untuk meminta maaf dan menyelesaikan isu antara mereka tanpa melibatkan perbicaraan di mahkamah, namun pihak berkenaan enggan berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah Shakilla Khoriri berzina dengan suami orang, wanita dari Terengganu tampil mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri sering rapatkan anak dengan bapa, akui sedih bila ajar membelakangi ibu kandung… “Saya beria kongsi pada dia yang tak pernah ambil tahu”

"Dua kali kami beri peluang untuk minta maaf sebab apa yang dia buat itu memang banyak salahnya. Kami dinasihatkan melalui proses mediasi dan selesai di luar mahkamah. Dalam kedua-dua sesi itu dia tidak setuju.

"Saya pun tak tahu apa yang dia mahu perjuangkan. Kalau dia kalah, dia kena bayar tuntutan saya berjumlah RM1 juta. Kalau tidak boleh bayar dia boleh bankrap. Saya dah beri peluang tetapi tidak disambut dengan baik," jelasnya.

Berharap mendapat keputusan terbaik di mahkamah, pelakon ini juga menerusi satu hantaran di Instagram sempat berkongsi nasihat agar tidak mudah untuk campur tangan urusan orang lain.

Shakilla bersama suami dan pasukan peguam mereka. 

"Kalau rasa sesuatu perkara itu macam tiada kena-mengena dengan hidup kita, baiklah kita elakkan campur tangan hanya kerana nak membalas dendam atau perasaan benci pada seseorang sebab akibatnya bukan hanya akan susahkan diri sendiri tapi akan libatkan seluruh keluarga.

"Tak salah untuk kita beri sokongan tapi berpada-padalah. Jangan sampai berjuang sendiri," ujarnya.

Untuk rekod, Shakilla dan Mohd Fariz mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 2024.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali pada Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia tujuh tahun.

Mereka bagaimanapun bercerai pada Disember 2021.

 

Artikel Lain