suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Ulat buku’ pun tak terlepas! Ada penjelasan saintifik di sebalik mata mengantuk setiap kali membaca

Semua orang pernah lalui pengalaman sama. Baru satu muka surat mulut dah mula menguap. -Gambar hiasan/Agensi

PERNAHKAN anda berada dalam situasi di mana badan terasa segar namun sebaik sahaja membuka buku, mata tiba-tiba menjadi berat dan kepala mula tersengguk-sengguk?

Jangan cepat salahkan diri sendiri kerana situasi ini sangat normal dan turut dialami oleh ramai orang termasuk golongan 'ulat buku'.

Daripada sudut sains, rasa mengantuk ketika membaca berlaku kerana aktiviti ini menuntut fokus mental yang tinggi dan pada masa sama tidak memerlukan banyak pergerakan fizikal.

Berikut adalah penjelasan saintifik kenapa anda mudah terlelap setiap kali membaca.

1. Otak bekerja keras

Membaca memerlukan otak memproses teks, membina gambaran visual dan menyimpan maklumat baharu. Fokus pada tahap tinggi ini sebenarnya memerlukan penggunaan banyak tenaga secara berterusan sehingga memenatkan mental. 

Bayangkan mental anda sedang berlari di atas sebuah treadmill. Walaupun tidak terus penat, tapi lama kelamaan ia akan memakan tenaga anda.

2. Ketegangan mata dan kadar berkelip

Kita cenderung untuk kurang berkelip ketika sedang asyik membaca, sekali gus menyebabkan mata menjadi kering dan lesu. 

Memfokuskan pandangan pada tulisan kecil dalam tempoh lama turut memaksa otot mata bekerja keras lalu menghantar isyarat penat ke seluruh badan.   

3. Tindak balas badan memasuki zon bertenang

Membaca bahan bacaan yang digemari akan mencetuskan tindak balas terhadap tubuh untuk masuk ke zon bertenang. 

Kadar degupan jantung akan menjadi perlahan dan minda berubah tenang. Prosesini menyerupai fasa awal sebelum seseorang itu melelapkan mata.   

4. Gaya penulisan berirama 

Teks yang mempunyai lenggok bahasa berirama seperti puisi atau gaya penceritaan perlahan boleh membuatkan minda terbuai ke dalam keadaan mod meditatif. 

Suasana tenang ini secara langsung mencetuskan rasa mengantuk, terutamanya jika anda berada dalam persekitaran yang sunyi dan selesa.   

5. Penghasilan gelombang alfa

Apabila berehat di tempat selesa dalam keadaan sedar, otak cenderung menghasilkan lebih banyak gelombang alfa. 

Gelombang ini dikaitkan dengan keadaan mental yang tenang tetapi peka dan adakalanya sangat mudah bertukar kepada rasa mengantuk.   

6. Kurang rangsangan fizikal dan deria

Membaca lazimnya dilakukan dalam keadaan duduk bersandar atau berbaring tanpa sebarang pergerakan aktif. 

Postur santai serta ketiadaan rangsangan luar seperti bunyi bising atau cahaya terang akan memberi isyarat kepada badan untuk masuk ke mod tidur.   

Tip kekal segar ketika membaca

Sekiranya anda perlu mengulang kaji pelajaran atau menyiapkan semakan laporan kerja, pastikan anda membaca di ruang yang bercahaya terang serta duduk dengan postur badan yang tegak. 

Elakkan membaca sambil berbaring di atas katil kerana posisi yang terlalu selesa itu seolah-olah mendorong otak untuk terus tidur. 

Selain itu, ambil masa rehat singkat setiap 20 hingga 30 minit untuk melakukan regangan atau melihat objek jauh bagi merehatkan otot mata. 

Anda juga disarankan berinteraksi secara aktif dengan bahan bacaan seperti mencatat nota atau menggunakan highlighter supaya minda terus terangsang. 

Akhir sekali, pastikan badan anda kekal terhidrasi dengan kerap minum air kosong dan berjalan sebentar di dalam bilik bagi melancarkan semula peredaran darah. 

Artikel Lain