PENGURNIAAN darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sama sekali tidak mengubah keperibadian penyanyi Datuk Ziana Zain.Masih menjalani kehidupan seperti biasa, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58, bagaimanapun menyifatkan kurniaan itu sebagai satu bentuk penghargaan terhadap perjalanan seninya yang bermula sekitar 37 tahun lalu. "Perubahan diri saya tiada yang beza, saya tetap seperti dahulu. Cuma mungkin cara orang menyapa atau memanggil saya dengan gelaran ‘Datuk’. Bila sudah diberi pengiktirafan, kita terima dan bersyukur kerana ini adalah penghargaan terhadap perjalanan kerjaya saya.Pengurniaan darjah kebesaran menjadi satu penghargaan buat Ziana sepanjang bergelar artis. "Bagi saya, gelaran ini ibarat pangkat di sekolah seperti pengawas atau ketua pengawas. Apa yang penting kita perlu menjaga keperibadian dan cara kita membawa diri bersama masyarakat."Penampilan tetap bersahaja seperti biasa. Saya masih pergi ke pasar malam, minum di kedai kopi atau warung mamak. Kalau dari dahulu kita sudah terbiasa membawa diri dengan baik, kita tidak akan rasa kekok," katanya kepada mStar ketika Majlis Tahlil Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu. Mengulas mengenai respons positif warga maya dan peminat yang berpendapat pengiktirafan berkenaan sepatutnya sudah lama diberikan kepadanya, Ziana berkata dia percaya setiap rezeki telah disusun rapi oleh Allah SWT.ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain dapat gelaran Datuk ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain kongsi gembira dengan Anuar, sedih ibu bapa tak sempat tengok kurniaan Datuk"Bagi saya, Allah sudah aturkan masa dan usia yang paling tepat untuk menerimanya."Kalau sewaktu usia 40-an mungkin rasa masih terlalu awal, tetapi apabila mencecah 50-an, ia hadir tepat pada waktunya," ujarnya. Bercerita mengenai reaksi keluarga terhadap pengurniaan darjah berkenaan, Ziana berkongsi detik melucukan apabila anaknya yang masih bersekolah tidak memahami maksud gelaran yang diberikan itu. Ziana terus aktif mewarnai dunia seni. "Anak-anak semua tiada masalah. Cuma sewaktu di sekolah, anak saya beritahu cikgunya memaklumkan mama dapat gelaran Datuk. Dia terus bertanya, apa itu Datuk mama?"Masa itu terfikir juga bagaimana mahu terangkan kepada mereka. Saya jelaskan bahawa ini adalah satu bentuk pengiktirafan untuk kerjaya seni mama. Walaupun mereka belum faham sepenuhnya, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," tambahnya. Untuk rekod, Ziana menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi Ke-75 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 24 Ogos lalu.