PERKONGSIAN pelakon Elisya Sandha menimbulkan tanda tanya ramai apabila dia secara tiba-tiba menulis luahan seolah-olah memberi gambaran berlaku salah faham melibatkan dirinya dengan kakak.Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, menulis tentang ketidakpuasan hatinya sebagai seorang adik yang perlu mengalah dengan kakak sendiri. "Saya sebenarnya jaranglah nak tulis macam ini, tapi hati ini dah sakit sangat.Status yang dimuat naik Elisya. "Memang kalau jadi adik kena mengalah? Awak fikir sebagai kakak, bolehlah nak cakap apa sampai sakitkan hati orang."Ada kakak pun tak gunalah macam ini!" luahnya.Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut termasuk andaian hubungan dengan kakaknya yang juga aktres iaitu Fasha Sandha kini berdepan kemelut.ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh beri pendapat, tapi jangan keterlaluan” - Nasihat Fasha Sandha isu ‘perang mulut’ dua negara ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha hilang sabar! Pelakon lewat hingga dua jam setiap hari - “Sabar orang ada had“Lebih menguatkan spekulasi apabila Fasha turut memuat naik satu hantaran di media sosial berkaitan keluarga."Keluarga adalah segalanya. Kalau janji kena tepati kan? Pernah tak adik-beradik mungkir janji?"Kalau nak merajuk adik-beradik okey ke? Atau anak kedua ini kena mengalah?" tulisnya.Fasha turut berkongsi hantaran berhubung isu keluarga. Kedua-dua aktres ini bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama dalam perkongsian berkenaan.Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berharap perkara ini tidak benar dan hanyalah sebahagian gimik mempromosikan drama mereka.Sementara itu, Fasha ketika dihubungi mStar hanya memberi jawapan ringkas serta enggan memberikan sebarang komen mengenai status yang dimuat naik. "Tiada apalah. No comment," jawabnya.