suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fasha Sandha hilang sabar! Pelakon lewat hingga dua jam setiap hari - “Sabar orang ada had“

Fasha hilang sabar selepas tegurannya sebelum ini tidak dipandang serius.

AKTRES Fasha Sandha akhirnya tampil bersuara secara terbuka kerana sudah tidak mampu lagi bersabar dengan sikap seorang pelakon yang dipercayai kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran produksi.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata sebelum ini dia sengaja tidak mendedahkan perkara tersebut bagi menjaga nama baik individu berkenaan, namun mendakwa sikap tidak menghormati masa orang lain membuatkan kesabarannya semakin teruji.

"Sebelum ini saya tak ada nak sebut nama sebab nak lindungi awak. Nak jaga periuk nasi awak. Sabar orang ada had ya. 

"Hormatlah masa orang lain, tak hormat saya tak mengapa. Tapi hormatlah produksi yang bagi kau punca rezeki. Orang macam kau ni nak kena ajar biar kau tahu cara nak hormat masa orang. 

Perkongsian Fasha yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Nak menghadap muka kau hari-hari di set dengan tak bertegur, tak reti cakap maaf. Buat muka menyampah dekat aku," katanya. 

Fasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa. 

Dalam pada itu, Fasha memberitahu kelewatan pelakon itu bukan berlaku sekali-sekala, malah didakwa berulang hampir setiap hari sehingga menyebabkan kru produksi dan pelakon lain terpaksa menunggu berjam-jam.

"Calltime awak pukul 8 pagi, awak sampai ke set penggambaran pukul 8.58 pagi. Belum mekap dan bersiap. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dia tahu siapa saya maksudkan“ - Fasha tegur pelakon lambat ke set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur artis lewat, Catriona Ross setuju tindakan Fasha Sandha... “Saya pun akan buat kalau too much”

"Dah lewat satu jam tak ada pula minta maaf pada semua. 

"Saya calltime pukul 9 pagi, pukul 8.20 pagi saya datang dah siap mekap dan bersedia nak masuk set ya," ujarnya. 

Fasha bagaimanapun menegaskan dia tidak berniat membesarkan isu berkenaan atau mengangkat dirinya sebagai contoh, sebaliknya mahu semua pihak menghormati komitmen kerja dan masa orang lain.

"Lepas tu nanti orang kata saya 'up' diri sendiri eh? Nak berlakon ke tak? Dari hari pertama lewat, tak relaks ya. Lambat satu hingga dua jam. 

Nak menghadap muka kau hari-hari di set dengan tak bertegur, tak reti cakap maaf.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Habis tu kru produksi dan artis lain memang kena hadap kelewatan awak sajalah? 

"Diam boleh diam tapi kalau hari-hari apa nak kena diam eh?," jelasnya. 

Sementara itu, pelakon drama Kasih Yang Terkorban ini memaklumkan dia tidak pernah berdepan situasi sedemikian sepanjang bergelar pelakon dan menganggap kelewatan yang berlaku setiap hari sebagai sesuatu yang tidak profesional.

"Ini bukan cara saya bekerja. Awak berlakon saja seorang diri ya, saya punya kesabaran ada hadnya. Awak lewat setiap hari. 

Fasha tidak boleh bertoleransi dengan artis yang mempunyai masalah disiplin. 

"Setiap hari ya tak kelakar kalau hari-hari lewat. Lewat lima atau 15 minit okay, ini sejam dua selalunya. 

"Dah lewat sejam nak tunggu awak siap satu jam setengah maknanya dua jam ke tiga jam la nak hadap setiap kali kita berlakon sama," katanya. 

Sebelum ini, Fasha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga mengganggu jadual produksi.

Bagaimanapun, Fasha memilih untuk tidak mendedahkan identiti pelakon berkenaan dan berharap teguran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp sudah memadai untuk dijadikan pengajaran serta mengelakkan perkara sama berulang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain