BEKAS peserta program Talk To My Manager musim pertama, Hadie Elfardie berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Travel & Tour di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS), Kuantan menerusi program Tahfiz Mahir.Berkongsi berita gembira itu, ibunya yang juga penyanyi Ina Naim meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diminati selain menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil usaha dan minat Hadie sendiri. "Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah. Memang Hadie minat dengan kursus yang diambil jadi saya sebagai ibu bersetuju saja dan memberikan sokongan terhadapnya. Ina (kanan) sentiasa menyokong minat anak sulungnya. "Hadie sambung belajar ini juga atas kehendaknya sendiri, tidak selamanya dia akan menyanyi dan berlakon. "Tapi apa yang pasti dia tidak akan tinggalkan industri hiburan kerana dalam dirinya tetap mengalir darah seni daripada ayah dan ibu," katanya ketika dihubungi mStar.Dalam pada itu, Ina memberitahu dia sentiasa memberi kebebasan kepada Hadie untuk menentukan masa depan termasuk jika anaknya itu mahu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadie Elfardie pernah tersilap naik bas, belajar urus semua sendiriARTIKEL BERKAITAN: Hadie Elfardie hadiahkan rantai emas kepada Ina Naim… “Minta maaf abang tidak mampu bagi lebih” "Jika ada peluang saya tidak menghalang dia (Hadie) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. "Kalau ada tawaran menyanyi dia boleh ambil macam biasa, tak ada masalah pun. "Sekarang ini saya fokus pada adik Hadie pula, Sallman sudah melanjutkan pelajaran di Giatmara, Kota Tinggi. Insya-Allah doakan mereka semua," ujarnya. Hadie sambung belajar ini juga atas kehendaknya sendiri, tidak selamanya dia akan menyanyi dan berlakon. INA NAIMPENYANYI Menurut Ina, selain mementingkan pendidikan, dia turut menggalakkan anak-anaknya mendalami ilmu perniagaan sebagai persediaan menghadapi kehidupan pada masa depan."Hadie ni sebenarnya ada banyak cita-cita, tapi salah satu bidang yang saya selalukan tekankan padanya adalah bisnes. "Itu rancangan kita, rancangan Allah di kemudian hari kita tak tahu," katanya. Hadie masih lagi diberi keizinan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni.Untuk info, Hadie merupakan anak sulung hasil perkahwinan Ina atau Nordiana Mohd Naim, 42, dengan Allahyarham penyanyi Suhaimi Saad. Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman di paru-paru. Sebelum ini, Hadie tidak mengikuti sistem pendidikan formal di sekolah biasa, sebaliknya menerima pendidikan menerusi kaedah home schooling sebelum menyambung pengajian di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills pada Januari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!