MOMEN penyanyi Hadie Elfardie menghadiahkan rantai emas kepada ibunya, Ina Naim menyentuh hati ramai pihak. Hadie, 18, memberikan hadiah tersebut bersempena hari lahir Ina yang ke 42 tahun. Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Hadie memohon maaf kerana tidak mampu memberikan barangan yang lebih berharga. Hadie berkongsi perkara itu di halaman TikToknya. "Minta maaf ibu (sebab) abang tidak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi syurgaku," katanya. Melalui video tersebut, Ina kelihatan begitu sebak semasa menerima hadiah daripada anak sulungnya itu. Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan perkongsian Hadie itu. ARTIKEL BERKAITAN: Hadie Elfardie belajar hidup berdikari lepas tinggal berjauhan dengan keluargaARTIKEL BERKAITAN: [V] Ramai cuba dekati Hadie, siap ajak kahwin dan reka tawaran reviu palsu "Disebabkan arwah ayah dia layan ibu macam permaisuri, anaknya juga ikut sama. Sebab itu bapa jadi contoh yang baik untuk anak-anak. "Kenapa saya rasa sedih pula ini. Terus bahagiakan ibu sampai ke syurga ya. "Alhamdulillah anak yang baik. Bangkit dan buktikan Hadie jadi anak dan abang yang baik ya," kata peminat. Hadie mula masuk ke industri disebabkan Ina. Untuk info, Hadie merupakan anak sulung hasil perkahwinan Ina dan penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad.Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman di paru-paru.Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube