SUSULAN pengakuan pempengaruh media sosial, Iman Kamil yang mendedahkan sudah mencacah tatu pada lengan kirinya, isu tersebut terus menjadi perhatian ramai.Bagi memberi panduan dari sudut syariah, Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa di Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim menjelaskan perbuatan mencacah tatu adalah haram dan berdosa. Kata Mohd Izhar, individu yang bertatu wajib membuang tatu tersebut selepas bertaubat. Kisah pengakuan Iman mendapat perhatian ramai.“Dosa itu adalah aib kita yang tak perlu diuar-uarkan kepada khalayak apatah lagi dizahirkan menerusi tatu pada tubuh.“Apapun alasan tatu adalah haram dan wajib dibuang setelah bertaubat. Kalau sakit jumpa doktor atau pakar jiwa bagi merawat masalah bukan buat benda haram.“Jika seseorang pentatu itu berkemampuan daripada sudut kewangan, maka wajib hapuskan tatu menerusi rawatan yang betul dengan kos tertentu setelah bertaubat,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Influencer Iman Kamil cacah tatu di lengan kiri, beri bayangan berdepan ujian berat - “Dosa aku terzahir di badan”ARTIKEL BERKAITAN: Isu artis ‘live’ sebelah jenazah, Mohd Izhar minta patuhi syarat ketat ziarah kematianMohd Izhar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Mohd Izhar menjelaskan bagi individu kurang berkemampuan untuk membuang tatu, Islam menerima keuzuran mereka tetapi usaha untuk menabung dan menghilangkan tatu tetap digalakkan."Jika seseorang itu tidak berkemampuan, maka keuzuran itu diterima namun dia perlu berusaha menabung untuk menghilangkan tatu pada tubuhnya pada masa akan datang."Oleh itu, elakkan bertatu adalah lebih selamat daripada laknat, dosa dan selamat daripada pembaziran wang yang merugikan untuk rawatan menghilangkannya selepas taubat," ujarnya. Mohd Izhar menegaskan individu yang bertatu wajib membuang tatu tersebut selepas bertaubat. Sebelum ini, Iman mengundang perhatian ramai selepas memuat naik video pengakuan mengenai tatu pada lengan kirinya. Menurut YouTuber itu, tatu tersebut bukan palsu, sebaliknya mencerminkan pengalaman yang dilaluinya dalam kehidupan. Iman menjelaskan video tersebut dibuat bagi memberi penjelasan dan mengelak daripada terus diasak dengan soalan sama oleh pihak yang mengenalinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube