suria

Neera Azizi selamat lahirkan cahaya mata pertama

Neera (kanan) selamat melahirkan cahaya mata pertama.

PELAKON dan penyampai radio, Neera Azizi selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor pada Selasa. 

Neera atau Nurazneera Azizi, 28, memaklumkan anak pertamanya itu dilahirkan seberat 2.85 kilogram dan berada dalam keadaan sihat. 

Kata Neera, pada awalnya dia berasa cemas apabila mendapati bayinya kurang bergerak sebelum membuat keputusan mendapatkan rawatan di hospital.

Neera dan Hafizi (kanan) bernikah pada Julai tahun lalu.

"Sebenarnya pada Ahad lalu saya rasa bayi tak bergerak sejak pagi. Malam itu kami terus pergi klinik buat pemeriksaan. 

"Tiba-tiba doktor suruh pergi hospital dan dapat tahu air ketuban makin sikit sebab itu bayi tak boleh gerak. 

"Doktor cadangkan kena buat pembedahan kerana masih tiada bukaan tapi sakit kontraksi dah kuat," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi bunting pelamin, gementar bakal bergelar ibu

ARTIKEL BERKAITAN: “Awalnya mengandung?” – Neera Azizi pernah rasa tak sedia, anggap rezeki anak datang tepat pada masanya

Dalam pada itu, Neera meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran berjalan lancar meskipun bayi dilahirkan lebih awal daripada jangkaan.

"Selepas bergelar ibu saya rasa bahagia sangat, mula-mula itu rasa macam tak percaya sebab saya sepatutnya dijangka bersalin pada 9 April ini. 

"Jadi saya macam tak bersedia sangat tapi bila dengar saja suara bayi menangis terus rasa gembira," ujarnya. 

Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai tahun lalu. 

Tiga bulan selepas bernikah, Neera berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain