suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat bayi tanpa kepala, hilang sebelah tangan ditemukan dalam longkang... Ibu muda umur 23 tahun dipenjara tiga bulan

Tertuduh Nur Ain Adilin diperintahkan menjalani hukuman penjara tambahan jika gagal membayar denda.

SEORANG pekerja restoran dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang, Terengganu pada Isnin selepas mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran anaknya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam longkang.

Majistret Nur Athirah Hashim turut memerintahkan tertuduh, Nur Ain Adilin Mohd Rofiza, 23, menjalani hukuman penjara tambahan selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Dia didakwa menyembunyikan kelahiran anaknya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam longkang di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengge, kira-kira pukul 10 malam pada 15 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Nor Aziah Bunawan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon mahkamah memberikan hukuman minimum berbentuk denda dengan alasan tertuduh masih muda dan bertindak dalam keadaan panik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi ditemukan di belakang rumah... Kegiatan sumbang mahram remaja 16 tahun, adik lelaki terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan tingkatan 2 buang bayi bertali pusat di maahad tahfiz!

"Pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah dan pihak pendakwaan. Dia juga telah menunjukkan rasa kesal atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli memohon mahkamah mengarahkan hukuman penjara atas pertimbangan kemanusiaan memandangkan kes itu membabitkan anak kandung tertuduh sendiri, selain menegaskan ia perlu menjadi pengajaran kepada orang lain.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, mayat seorang bayi yang kehilangan kepala dan sebelah tangan ditemukan di dalam longkang di kawasan perumahan di Kampung Padang Setengge pada 16 Oktober lalu.

Dia berkata, hasil bedah siasat mengesahkan bayi berkenaan cukup sifat dan telah mencapai tempoh kehamilan penuh. -The Star

Artikel Lain