SEORANG lelaki warga emas ditahan selepas disyaki menetak isterinya menggunakan kapak hingga maut di rumah mereka pada petang Sabtu.Mangsa ditemukan meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam serangan yang dipercayai dilakukan suaminya. Kejadian berlaku di Dukuh Kinjeng, Desa Sugihrejo, daerah Pati, Jawa Tengah, Indonesia, kira-kira pukul 3.30 petang.Menurut laporan Liputan6, pasangan tersebut dikenali penduduk sebagai keluarga harmoni dan tidak pernah kedengaran terlibat dalam pertelingkahan rumah tangga yang ketara.Susulan itu, tragedi ngeri itu mengejutkan penduduk yang kemudian berkumpul dan mengepung rumah berkenaan sementara menunggu ketibaan polis.Ketua Polis Sektor Gabus, Inspektor Suprapto, mengesahkan pihaknya menerima laporan masyarakat berhubung kejadian sebelum anggota dikerahkan ke lokasi.Suspek ditahan di kediaman tersebut sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pati untuk pemeriksaan lanjut.Pasukan pengecaman polis turut menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi mengumpulkan bukti dan merungkai kronologi kejadian.Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah RAA Soewondo Pati untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.Setakat laporan diterbitkan, polis masih menyiasat motif serangan dan mengambil keterangan saksi bagi membantu siasatan. -Agensi