BUKAN sekadar menghulurkan wang ringgit, malah usaha membantu memudahkan Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh hak yang dibenarkan juga disifatkan sebagai amalan berpahala.Demikian pandangan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi dua hantaran di Facebook berhubung usaha orang ramai membantu bekas Perdana Menteri itu. Baginya, tindakan umat Islam membantu membayar RM50 juta bagi pihak Najib tidak bermaksud mereka menyokong perbuatan salah.Sebaliknya, beliau menyifatkan bantuan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap sistem pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang menurutnya diiktiraf syarak."Muslim bantu bayar RM50 juta untuk DSNR (Datuk Seri Najib Razak) adalah berpahala. Ia bukan sokong sakau. Ia menyokong sistem pengampunan Agong yang diakui syarak," katanya.Malah dalam hantaran seterusnya, Nik Abduh menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang dimaksudkannya tidak terhad kepada sumbangan wang ringgit semata-mata.Katanya, apa sahaja tindakan bagi memudahkan Najib mendapatkan hak yang dibenarkan turut dianggap membawa kebaikan."Bukan hanya derma, malah sebarang tindakan dan usaha memudahkan kesukaran Najib memperoleh haknya yang dibenarkan adalah berpahala," ujarnya.Susulan pandangan yang dilontarkan itu, kedua-dua hantarannya mendapat perhatian pengguna media sosial apabila meraih ribuan tanda suka serta mengundang ratusan hingga ribuan komen.