PENYANYI Hafiz Suip mengesahkan dirinya menolak tawaran menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV) Fantasia yang bakal membuka tirai pada Ahad. Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 34, berkata keputusan itu terpaksa diambil demi memberi tumpuan penuh kepada isterinya, Fiona Saffiyya yang kini sarat hamil tujuh bulan. “Apa yang saya boleh katakan, amat menghampakan peminat di luar sana apabila saya tidak menyertai GV Fantasia. Salah satu sebab utamanya, saya tidak berani untuk memberikan komitmen separuh jalan.“Sekarang ini isteri sedang sarat mengandung. Saya pula jenis yang kalau bekerja memang akan sentiasa memberikan 100 peratus komitmen. Jadi saya bimbang situasi sekarang ini akan mengganggu fokus saya sekiranya bertanding,” katanya kepada mStar. Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui media. Hafiz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pengumuman calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38 di Ombak KLCC pada Sabtu. Berkongsi lanjut mengenai perkembangan kehamilan isterinya, Hafiz mendedahkan mereka bakal menyambut kelahiran bayi lelaki tidak lama lagi.“Alhamdulillah, usia kandungan isteri saya sekarang sudah mencecah tujuh bulan dan jantinanya adalah lelaki.“Rezeki anak lelaki lagi, tetapi apa-apa pun yang paling penting anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti berjalan lancar, itu sahaja harapan saya,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip jawab dakwaan cepat ‘move on’ selepas berceraiARTIKEL BERKAITAN: Hilang semangat sejak pemergian ibu, Hafiz Suip berat hati sertai pertandingan nyanyianSelain isteri sarat hamil, faktor logistik tempat tinggalnya di Kuching, Sarawak turut menjadi kekangan buat Hafiz. “Alhamdulillah saya memang ada dapat tawaran tetapi saya terpaksa minta maaf. Bukanlah berniat menolak rezeki, malah kawan-kawan penyanyi pun ada bertanya kenapa saya tidak sertai.“Masalahnya timbul dari segi sesi latihan. Nanti peserta lain menjalani latihan di Kuala Lumpur manakala saya berada di Kuching, perkara itu akhirnya menjadi kekangan yang sangat besar buat diri saya.“Satu lagi sebab adalah bapa saya. Dia sihat cuma tinggal seorang diri. Saya pernah membawa dia berpindah ke Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi dia lebih selesa tinggal di Sarawak kerana banyak memori di sana.Hafiz sah bergelar suami pada Februari lalu. “Bagaimanapun alhamdulillah, keadaan ayah sekarang semakin baik dan dia meluangkan masa bersama adik-beradik serta ibunya yang masih ada,” jelasnya.Sebelum ini, nama Hafiz menjadi bualan kerana dijangka mengisi kekosongan kuota penyanyi pilihan untuk berentap di pentas GV Fantasia.GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasiat ermasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.Dalam perkembangan lain, Hafiz turut tersenarai antara calon yang bersaing bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular pada penganjuran ABPBH38.