PELAKON dan pelawak Russell Brand berdepan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan kesalahan seksual termasuk merogol seorang wanita. Brand, 51, disabitkan kesalahan atas satu pertuduhan rogol dan tiga pertuduhan serangan seksual terhadap empat wanita selepas menjalani perbicaraan selama empat minggu di Mahkamah Southwark Crown, London pada Jumaat lalu.Memetik laporan, bekas suami penyanyi Katy Perry itu berkemungkinan berdepan hukuman penjara antara enam hingga sembilan tahun, namun keputusan rasmi hanya akan diketahui pada 9 November.Hukuman Brand akan diketahui pada 9 November ini. Lebih mengejutkan, Brand turut disiasat berhubung dua lagi dakwaan rogol membabitkan wanita lain, sekali gus membuka kemungkinan dia berdepan tindakan undang-undang tambahan.Difahamkan, kesalahan yang membawa kepada sabitan tersebut berlaku antara tahun 2004 hingga 2009 ketika Brand sedang berada di kemuncak popularitinya sebagai pengacara dan pelawak terkenal.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pembantu peribadi dakwa Russell Brand sering berkelakuan pelik, tak malu cerita hubungan intimARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu, Russell Brand mengaku ‘tidur’ dengan remaja… Berdepan pertuduhan seksualBagaimanapun, Brand yang sebelum ini menafikan semua pertuduhan dibebaskan daripada dua pertuduhan rogol lain serta satu pertuduhan cubaan melakukan serangan tidak senonoh.Sementara itu, hakim Joel Bennathan menolak permohonan ikat jamin yang dikemukakan peguam Brand kerana bimbang pelakon tersebut berisiko melarikan diri sebelum hukuman dijatuhkan.