TANPA berselindung, pelawak kontroversi Russell Brand mengakui pernah menjalin hubungan seksual bersama seorang remaja berusia 16 tahun ketika dia berumur 30 tahun.Bekas suami kepada penyanyi Katy Perry itu berkata, hubungan tersebut berlaku di United Kingdom dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang 'eksploitatif'. Menurut Russell, ketika itu dia masih belum matang walaupun sudah memasuki usia 30 tahun.Russell anggap perbuatan perbuatan itu perkara biasa.“Hakikatnya, di Eropah dan di United Kingdom, umur persetujuan adalah 16 tahun.“Namun ketika saya berusia 30 tahun, saya adalah individu yang sangat berbeza. Saya lebih tidak matang pada waktu itu,” katanya dalam temu bual bersama rancangan The Megyn Kelly Show.Dalam pada itu, Russell yang kini berusia 50 tahun menegaskan perbuatannya tidak melanggar undang-undang kerana had umur persetujuan di negara tersebut adalah 16 tahun.Terdahulu, dia turut berdepan empat tuduhan serius melibatkan rogol, serangan seksual dan penderaan emosi yang didakwa berlaku antara tahun 1999 hingga 2005.ARTIKEL BERKAITAN: Tenang berdepan 5 pertuduhan merogol, bekas suami Katy Perry mengaku tak bersalahARTIKEL BERKAITAN: Terpalit tuduhan jenayah seksual, YouTube gantung saluran Russell Brand... Hilang pendapatan sehingga RM23,000 untuk satu videoBagaimanapun, Russell menafikan semua dakwaan berkenaan dan menegaskan hubungan lampau yang terjalin adalah atas dasar suka sama suka.Pada Mei 2025, dia sekali lagi mengaku tidak bersalah terhadap beberapa pertuduhan termasuk rogol, serangan tidak senonoh dan serangan seksual.Beberapa bulan kemudian, satu lagi pertuduhan rogol dan serangan seksual dikenakan terhadapnya, namun Russell tetap mengaku tidak bersalah ketika prosiding pada Februari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!