TINDAKAN pelakon Son Ye Jin menutup wajah suaminya, aktor Hyun Bin dalam perkongsian foto terbaharu mereka mengundang pelbagai reaksi ramai. Perbuatan pelakon drama Crash Landing on You itu berterusan menyembunyikan wajah suaminya di setiap perkongsian turut mencetuskan komen seloroh dalam kalangan pengikut yang terhibur dengan situasi berkenaan. Malah, ada yang beranggapan Ye Jin bertindak demikian kerana bimbang suaminya terkena penyakit ain.Hyun Bin (kiri) dan Ye Jin berkahwin pada 31 Mac 2022.“Risau betul laki (Hyun Bin) kena penyakit ain. “Kenapa tutup, macamlah kita tak kenal suami dia siapa,” tulis netizen. Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Ye Jin meluahkan rasa bangga melihat anak lelakinya yang berusia lima tahun semakin bijak mengambil gambar. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Hyun Bin, Son Ye Jin dipuji terlalu comel persis watak kartunARTIKEL BERKAITAN: Demi isteri, Hyun Bin sampai terkangkang rakam foto Son Ye Jin“Anak saya semakin teruja untuk mengambil gambar. “Sudah tentu kebanyakannya fokus tidak begitu tepat. Bukankah ini sudah cukup dianggap sebagai satu karya seni. “Sebagai ibu, saya tersentuh melihat gelagat anak sendiri,” katanya. Untuk rekod, Ye Jin mendirikan rumah tangga bersama Hyun Bin pada 31 Mac 2022 di sebuah majlis tertutup berikutan penularan Covid-19.Pada 27 November tahun sama, Ye Jin selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas lapan bulan berkahwin.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!