suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesanan Fazley buat rakan artis... Fikir dulu sebelum kongsi isu sensitif, jejak digital tak boleh padam

Fazley menasihati rakan artis untuk lebih berhati-hati sebelum membuat perkongsian.

PENYANYI Datuk Fazley Yaakob menasihati rakan artis supaya lebih berhati-hati ketika berkongsi pandangan di media sosial, terutama apabila melibatkan perkara sensitif berkaitan bangsa, agama dan budaya.

Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, berkata setiap perkongsian perlu difikirkan secara mendalam kerana individu yang dikenali ramai mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Kata Fazley, meskipun sesuatu hantaran dipadam, ia tetap meninggalkan jejak digital yang boleh tersebar luas dalam masa singkat.

"Kita hidup dalam negara yang sudah merdeka dan kita ada pelbagai bangsa serta agama. Jadi bila nak buat apa-apa perkongsian, lebih-lebih individu yang dikenali, kita kena fikir 10 langkah ke hadapan.

Fazley sebelum ini memuat naik pendapat di Threads miliknya.

Fazley sebelum ini memuat naik pendapat di Threads miliknya. 

"Bila kita ada peminat, keluarga dan ibu bapa yang turut berada dalam industri (hiburan) sama, kita perlu ada sensitiviti dengan setiap perkongsian di media sosial. 

"Walaupun kita sudah padam tetapi tetap meninggalkan jejak digital. Jadi akan berlakulah orang screenshot, kongsi dan semuanya sudah terlambat," katanya ketika dihubungi mStar.

Mengulas lanjut, Fazley berkata pengalamannya membesar selama lima tahun di Amerika Syarikat (AS) membuatkan dia memahami kepentingan menghormati budaya masyarakat lain.

Jelasnya, ketika berada di negara itu, dia turut menyertai beberapa sambutan perayaan yang diraikan masyarakat setempat meskipun bukan daripada kepercayaan sama.

ARTIKEL BERKAITAN:  Datuk Fazley titip ucapan hari lahir, tak sabar sehidup semati dengan Vida

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ikutkan dua, tiga minggu lalu nak kahwin”... Fazley dedah sebab perlukan masa nikahi Vida

"Saya membesar lima tahun di US. Bila orang sambut Krismas, saya kena pergi. Bila jiran buat Halloween saya kena sertai. Bukan pilihan tetapi kami hidup dalam masyarakat minoriti. 

"Contohnya ada sambutan Easter di sekolah cikgu minta cari telur ayam. Takkan saya cakap tak boleh, saya hanya golongan minoriti. 

"Saya pergi Halloween tak pakai baju hantu, tapi saya pakai kostum superhero. Dalam konteks ini perlu faham, kita bukan meraikan tetapi sekadar menghormati dan menyantuni budaya lain," ujarnya.

Kita boleh buat perkongsian tapi jangan sentuh perkara-perkara menyebabkan orang kecil hati. 

DATUK FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Dalam pada itu, Fazley berkata dia sudah lama mengamalkan sikap berhati-hati ketika berkomunikasi di media sosial sejak mula bergelar artis pada usia 17 tahun.

Malah, pengalaman sebagai tenaga pengajar dalam beberapa program realiti hiburan turut membuatkan dia sering menekankan kepentingan menjaga sensitiviti ketika berkomunikasi kepada anak seni.

"Saya datang daripada zaman sebelum media sosial. Saya jadi artis daripada umur 17 tahun tapi saya sangat berhati-hati dengan setiap hantaran dibuat. 

"Saya juga mendidik ramai artis untuk bijak menjawab dalam media sosial. Saya sebagai tenaga pengajar kepada ramai artis dalam program Akademi Fantasia, Gangstarz, Bintang RTM dan banyak lagi. 

Fazley tidak pernah meraikan perayaan lain selain hanya menghormati pegangan agama berbeza.

Fazley tidak pernah meraikan perayaan lain selain hanya menghormati pegangan agama berbeza.

"Kita boleh buat perkongsian tapi jangan sentuh perkara-perkara melibatkan orang kecil hati," katanya. 

Sebelum ini, seorang aktres mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan mengenai sambutan beberapa perayaan termasuk Krismas, Easter dan Halloween yang disifatkan sebagai sukar difahami.

Aktres berkenaan turut mempersoalkan beberapa tradisi yang dilakukan ketika perayaan tersebut, termasuk kanak-kanak memakai kostum, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang berpendapat pandangan tersebut kurang sensitif terhadap budaya dan kepercayaan penganut agama lain.

Artikel Lain