PENYANYI Tomok menghormati keputusan bekas pemain bass kumpulan New Boyz iaitu Syuk yang menolak pelawaan untuk kembali bersama kumpulan itu bagi menjayakan konsert mereka pada 5 Disember nanti.Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, berkata pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengajak Syuk berkumpul semula, termasuk berkunjung ke kediamannya, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil. Menurutnya, hubungan mereka masih baik walaupun sudah lama tidak bertemu dan terputus hubungan.Syuk antara ahli terawal kumpulan New Boyz."Sahabat saya Syuk bersama New Boyz untuk dua album iaitu New Boyz yang pertama dan Akur. Album itu sangat popular dan menjadi pembuka jalan lebih luas untuk New Boyz sebelum dia mengundur diri. Hubungan kami tetap baik dan kami bersahabat seperti biasa."Tetapi saya sudah lama tidak berjumpa dengannya. Untuk konsert pertama New Boyz pada 2023, saya ada menghubunginya tetapi tiada jawapan. Begitu juga dengan konsert kedua, masih tiada respons. Sampailah empat konsert berlalu tanpa sebarang jawapan."Bagi konsert kelima ini, saya cuba uar-uarkan di media sosial dengan harapan ada individu terdekat yang boleh menyampaikan mesej kepadanya selepas perkara ini mendapat liputan media," katanya menerusi hantaran di Instagram.ARTIKEL BERKAITAN: Tomok mohon bantuan cari Syuk New Boyz, dah berbelas tahun putus hubunganARTIKEL BERKAITAN: “Aku hanya tak berminat“ - Syuk tolak permintaan Tomok kembali sertai New BoyzBagaimanapun, Tomok berkata dia akhirnya menerima mesej peribadi daripada Syuk yang menjelaskan pendirian untuk tidak menyertai konsert berkenaan.Jelasnya, Syuk mempunyai alasan tersendiri selain turut mendoakan kejayaan konsert New Boyz yang bakal berlangsung tidak lama lagi."Semalam, saya dapat tahu Syuk ada memuat naik kenyataan di akaun TikTok miliknya yang menyatakan dia tidak berminat untuk menyertai konsert ini, selain mengucapkan selamat maju jaya kepada New Boyz."Dia juga ada menghantar mesej peribadi kepada saya selepas sekian lama tidak berhubung. Alasan yang diberikan tetap sama iaitu sibuk dengan urusan kerja dan komitmen keluarga," kongsinya. Pintu sentiasa terbuka dan hubungi sahaja saya.TOMOKPENYANYIDalam pada itu, pelantun lagu Meraung ini berkata peluang untuk Syuk kembali bersama New Boyz sentiasa terbuka sekiranya dia berubah fikiran pada masa akan datang.Kata Tomok, usaha menghubungi semula bekas anggota kumpulan itu dilakukan demi mengimbau kenangan bersama peminat yang membesar dengan lagu-lagu New Boyz."Saya hormat keputusannya. Mesej yang disampaikan secara peribadi dan di TikTok adalah sama, jadi tiada masalah bagi pihak saya."Namun, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk kembali bersama kami, pintu sentiasa terbuka dan hubungi sahaja saya.Tomok hormati keputusan yang dibuat Syuk."Semua usaha ini dibuat demi mengimbau kenangan bersama para peminat yang membesar dengan lagu-lagu New Boyz," jelasnya.Sebelum ini, Tomok menerusi satu hantaran di media sosial meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Syuk selepas mereka tidak berhubung sejak sekian lama.Malah, dalam satu temu bual, Tomok turut menyuarakan harapan agar Syuk dapat menyertai bagi mengubati kerinduan peminat menerusi konsert berkenaan.Untuk rekod, Syuk merupakan anggota asal New Boyz yang berperanan sebagai pemain bass sebelum mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan itu.