MENGHAMPIRI hari bahagia Mohamed Danish Hakim, pelakon Norman Hakim memberitahu dia kini giat menguruskan persiapan perkahwinan putera sulungnya itu.Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 50, berkata menguruskan perkahwinan anak ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya sebagai seorang bapa. Selain melantik perancang perkahwinan, Norman berkata dia turut meminta isteri iaitu pelakon Memey Suhaiza dan anak-anak perempuan untuk sama-sama membantu dalam persiapan majlis tersebut."Pengalaman pertama sebagai bapa bergandingan dengan putera sulung saya urus hal kahwin.Perbincangan bagi memudahkan urusan majlis perkahwinan."Selain daripada melantik perancang perkahwinan, untuk fasa tiga ini saya minta mummy (Memey) dan anak-anak perempuan sama-sama terlibat dan menyokong. "Saya kena paksa dan buat mummy sibuk situasi sekarang dia sangat rapat sejak ibunya meninggal dunia. Kalau ada ruang sunyi, dia akan cepat emosi dan menangis. Insya-Allah, dia memerlukan sedikit masa untuk pulih," katanya. Norman berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Norman memberitahu majlis perkahwinan Danish yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur akan diadakan secara sederhana dengan hanya menjemput keluarga dan kenalan rapat.ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Abby Abadi selamat bertunang dengan gadis pilihan hatiARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tak halang anak kahwin muda, kongsi nasihat rumah tangga"Sekejap masa berlalu. Diam tak diam dah masuk fasa ketiga daripada jumlah lima fasa perancangan untuk majlis perkahwinan putera sulung saya, Danish. "Majlis di KL ini saya buat sederhana sahaja. Jemputan khusus untuk keluarga sebelah mak dan arwah ayah, keluarga besar Normey, anak-anak yatim dibawah jagaan saya, rakan kongsi, sahabat seperjuangan dalam perniagaan, rakan-rakan agensi kerajaan serta swasta yang banyak membantu selama ini," ujarnya. Mengakui bukan mudah mengharungi saat sukar, Norman tetap berharap persiapan perkahwinan Danish menjadi kenangan manis buat seluruh keluarga."Apa juga ujian yang hadir, kehidupan dan perjuangan tetap perlu diteruskan. "Kita berusaha sebaik mungkin, bersangka baik dengan ketentuan Allah dan bertawakal kepadaNya."Semoga setiap urusan persiapan majlis ini dipermudahkan, diberkati dan menjadi kenangan indah buat seluruh keluarga," katanya. Anak sulung Norman (kanan) dan Abby (kiri) bakal bernikah tidak lama lagi.Pada 29 Mac lalu, bekas isteri Norman iaitu pelakon Abby Abadi memaklumkan anak sulung mereka selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis berasal dari Singapura yang dikenali sebagai Shalinda.Untuk rekod, Norman mendirikan rumah tangga dengan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 38, pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 13, Muhammad Dikhriz Hakim, 11, dan Mikayla Delisha Hakim, 8.Sebelum itu, Norman pernah bernikah dengan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.Selain Danish, hasil perkahwinan tersebut mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marissa Dania Hakim, 21, dan Danisha Hakim, 18.