suria

Abby Abadi tak halang anak kahwin muda, kongsi nasihat rumah tangga

Abby sentiasa sokong keputusan anak.

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi memberitahu dia terbuka menerima keputusan anak sulungnya yang kini melangkah ke fasa baharu selepas mengikat tali pertunangan pada Sabtu. 

Meskipun Danish Hakim baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-23, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata sebagai ibu dia sentiasa memberi sokongan terbaik buat anaknya. 

“Muda lagi anak ini, tapi bila dia nak melangkah ke fasa seterusnya, kami sebagai ibu bapa terima dengan hati terbuka.

Danish pilih tamatkan zaman bujang pada usia muda.

“Anak-anak sekarang bukan boleh dihalang, cuma boleh dinasihatkan dan terus beri peringatan,” katanya.

Abby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan momen sambutan ulang tahun Danish yang diraikan serentak dengan majlis pertunangan bersama pilihan hatinya, Shalinda.

Dalam pada itu, Abby turut menitipkan pesanan buat pasangan berkenaan agar dalam menjalani kehidupan berumah tangga kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Abby Abadi selamat bertunang dengan gadis pilihan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat buka aib bekas suami, Abby Abadi hanya kongsi tanggungjawab bayar hutang

“Hidup ini amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan, bukan semudah yang disangkakan.

“Jaga diri pun satu perjalanan panjang, apatah lagi bila melibatkan orang lain dalam kehidupan kita.

“Salinglah bertolak ansur, saling menerima kelebihan dan kekurangan kerana tiada siapa yang sempurna,” ujarnya.

Abby rancang adakan dua majlis buat anaknya.

Tambah Abby, sekiranya diizinkan, majlis perkahwinan pasangan tersebut dirancang untuk diadakan di dua lokasi berbeza, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.

“Kalau Allah izinkan, satu majlis di Singapura dan satu lagi di Malaysia. Cuma bila, belum tahu lagi. Doakan ya,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain