PENYANYI Aina Abdul tidak berdiam diri apabila lagu rayanya dilabelkan sebagai 'gagal' oleh segelintir netizen.Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata dia terpanggil untuk mempertahankan hasil kerjanya kerana tuduhan tersebut disifatkan sebagai keterlaluan. Kata Aina, pencapaian lagu berkenaan hampir 500,000 tontonan di saluran YouTube membuktikan ia bukan seperti didakwa netizen.Aina bersuara pertahankan karyanya.“Hampir 500,000 tontonan di YouTube dalam seminggu, lebih 100,000 penstriman di Spotify dan senarai itu masih berterusan.“Gagal ke macam ni?” katanya dalam satu hantaran di Instastory.Dalam hantaran tersebut, Aina turut berkongsi tangkap layar komen negatif yang diterimanya.ARTIKEL BERKAITAN: Berbelit lidah Aina Abdul nyanyi lagu raya irama Timur Tengah, peminat tak sabar nak bergelek pagi Syawal... “Dah terbayang berjoget sambil pegang jug air”ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga dapat duit ‘shopping’ sebelum bercuti, ramai puji sikap murah hati Aina AbdulBagaimanapun, Aina tidak menjelaskan karya mana yang menerima kritikan memandangkan tahun ini dia mengeluarkan dua lagu raya namun dipercayai Ya Habibi Ya Aidilfitri.Tambah Aina, dia bukan jenis yang gemar membalas komen kebencian, malah kebiasaannya memilih untuk berdiam diri.“Saya biasanya tak balas komen ‘hate’. Sebenarnya memang tak balas langsung.Aina jarang balas sekiranya terima komen negatif.“Tapi kali ini, saya akan bersuara sebab ia tak adil,” ujarnya tegas.Dalam pada itu, Aina turut mendoakan agar individu yang meninggalkan komen negatif itu sentiasa berada dalam keadaan lebih baik.“Saya harap dan doakan awak berada di tempat yang lebih bahagia, siapa pun yang tulis komen ini,” katanya.