suria

Asyraf Khalid mohon maaf kepada Fazura - “Saya tidak sepatutnya campur urusan orang lain”

Asyraf (kiri) tampil mohon maaf kepada Fazura.

USAHAWAN Asyraf Khalid tampil memohon maaf kepada pelakon Fazura susulan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini mengenai rumah tangga aktres berkenaan. 

Menurut Asyraf, 34, pertemuan mereka di majlis pertunangan pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu memberi peluang kepadanya untuk menyampaikan permohonan maaf itu secara peribadi.

"Mungkin dia juga terkesan dengan apa yang saya katakan terutamanya kerana kami mengenali antara satu sama lain sebelum ini berlaku. 

Perkongsian Asyraf di Threads miliknya.

"Jadi apabila masa sesuai saya memohon maaf atas apa yang saya katakan. Saya tidak sepatutnya mengulas atau campur tangan dalam isu orang lain. 

"Dia (Fazura) mendengar dan menerima permohonan maaf saya. Selepas itu kami hanya meneruskan perbualan tentang kehidupan dan segala-galanya. Dia benar-benar baik hati dan itu menceritakan tentang peribadinya," katanya. 

Asyraf berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Asyraf Khalid mahu saman Caprice... nama tercalar hingga dilabel pedofilia, jadi mangsa ‘body shaming’

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice diperintah arkib 31 hantaran didakwa fitnah Asyraf Khalid di IG, peguam terima maklum balas positif selepas anak guam berani ambil tindakan

Tambah Asyraf, dia sudah belajar daripada kesilapan lalu dan berusaha untuk berubah menjadi lebih baik.

"Kepada sesiapa yang terkesan dengan apa yang saya katakan dulu, saya minta maaf. 

"Saya telah belajar dan akan berusaha menjadi lebih baik," ujarnya. 

Sebelum ini, Asyraf dan isterinya, Tya Arifin, dikecam netizen selepas membicarakan pergolakan rumah tangga Fazura dengan bekas suaminya, pelakon Fattah Amin, dalam sebuah podcast

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain